Skip to content

Seksyen 93

Perjanjian berperingkat atau berkala

of Akta Cukai Perkhidmatan 2018

ActIn forceProvision 122 of 124
Seksyen 93
(1)

Jika apa-apa perkhidmatan bercukai diberikan di bawah suatu perjanjian bagi suatu tempoh atau secara berperingkat bagi suatu tempoh sama ada atau tidak pada lat tempoh yang tetap dan tempoh itu bermula sebelum 1 Jun 2018 dan berakhir selepas tarikh efektif, bahagian perkhidmatan yang dihubungkaitkan dengan bahagian bagi tempoh selepas tarikh efektif hendaklah dikenakan cukai perkhidmatan.

(2)

Perkhidmatan yang diberikan di bawah subseksyen (1)

hendaklah diambil sebagai dibuat secara berterusan dan secara sama rata sepanjang tempoh perjanjian itu.

(3)

Jika perkhidmatan yang disebut dalam subseksyen (1) diberikan di bawah suatu waranti sama ada yang nyata, tersirat atau dikehendaki oleh undang-undang dan nilai waranti itu dimasukkan ke dalam nilai perkhidmatan yang diberikan itu, tiada cukai perkhidmatan boleh

Cukai Perkhidmatan 119

dikenakan ke atas perkhidmatan bercukai yang diberikan di bawah waranti itu.

(4)

Subseksyen (1) dan (2) tidak terpakai bagi suatu pemberian perkhidmatan jika cukai barang dan perkhidmatan di bawah

Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan 2014 telah dibayar ke atas perkhidmatan itu setakat yang diliputi oleh invois.