Akta Perbadanan Pembangunan Industri Kecil dan Sederhana 1995 · Updated to 1 Nov 2021 · Bahagian IV · Peruntukan Kewangan
19. Perbelanjaan yang hendaklah dipertanggungkan pada Kumpulan Wang
Feedback & supportKumpulan Wang hendaklah dibelanjakan untuk—
pembayaran apa-apa perbelanjaan yang dilakukan dengan sah oleh Perbadanan, saraan bagi pegawai dan pekhidmat yang dilantik dan diguna khidmat oleh Perbadanan, termasuklah elaun persaraan, pencen atau ganjaran;
bayaran apa-apa caj atas apa-apa amaun yang diuntukkan kepada Perbadanan daripada kumpulan wang pinjaman;
membayar apa-apa kos atau perbelanjaan lain yang dilakukan dengan sepatutnya oleh Perbadanan pada menjalankan tugasnya atau melaksanakan fungsinya termasuk fi dan kos bagi perkhidmatan profesional yang diberikan kepada
Perbadanan;
membayar balik apa-apa wang yang dipinjam di bawah
Akta ini dan bunga yang kena dibayar atasnya;
pembayaran pemberian atau bantuan kewangan lain di bawah Akta ini;
pemberian pinjaman di bawah seksyen 14a;
pemberian pinjaman kepada pegawai dan pekhidmat
Perbadanan bagi maksud yang diluluskan oleh Menteri; dan
pada amnya, membayar apa-apa perbelanjaan bagi melaksanakan peruntukan Akta ini.