Seksyen 22
Perbelanjaan dan penyediaan anggaran
of Akta Perbadanan Pembangunan Industri Kecil dan Sederhana 1995
Perbelanjaan Perbadanan hingga sebanyak amaun sebagaimana yang boleh dibenarkan oleh Menteri bagi mana-mana tahun hendaklah dibayar daripada Kumpulan Wang.
(2)
Sebelum permulaan bulan September setiap tahun,
Perbadanan hendaklah mengemukakan kepada Menteri suatu anggaran perbelanjaan (termasuklah perbelanjaan bagi projek pembangunan) bagi tahun berikutnya dalam apa-apa bentuk dan mengandungi apa-apa butir sebagaimana yang diarahkan oleh
Menteri; dan sebelum permulaan tahun yang berikutnya Menteri hendaklah memberitahu Perbadanan amaun yang dibenarkan bagi perbelanjaan pada amnya atau amaun yang dibenarkan bagi setiap jenis perbelanjaan.
(3)
Perbadanan boleh pada bila-bila masa mengemukakan kepada Menteri suatu anggaran tambahan bagi mana-mana satu tahun dan Menteri boleh membenarkan kesemua atau mana-mana bahagian daripada perbelanjaan tambahan yang termasuk dalam anggaran tambahan itu.
Akta Badan Berkanun (Akaun dan Laporan Tahunan) 1980