Akta Perbadanan Pembangunan Industri Kecil dan Sederhana 1995 · Updated to 1 Nov 2021 · Bahagian II · Perbadanan
4. Keanggotaan Perbadanan
Feedback & supportPerbadanan hendaklah terdiri daripada anggota yang berikut:
seorang Pengerusi;
seorang Timbalan Pengerusi yang hendaklah merupakan seorang wakil Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri;
seorang wakil Kementerian Kewangan;
seorang wakil Unit Perancang Ekonomi, Jabatan
Perdana Menteri;
tiga orang wakil daripada dewan perniagaan;
seorang wakil daripada sektor pengilangan;
seorang wakil daripada sektor perkhidmatan;
seorang wakil daripada sektor pertanian;
Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan; dan
mana-mana anggota yang lain, tidak melebihi enam orang, sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri.
Anggota Perbadanan hendaklah dilantik oleh Menteri dan tertakluk pada seksyen 5 dan 6, hendaklah, melainkan jika mereka meletakkan jawatan terlebih dahulu atau pelantikan mereka dibatalkan terlebih dahulu, memegang jawatan tertakluk pada apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri.
Peruntukan Jadual hendaklah terpakai kepada Perbadanan.
Perbadanan Perusahaan Kecil dan
Sederhana Malaysia 13