Seksyen 8
Anggota silih ganti
of Akta Perbadanan Pembangunan Industri Kecil dan Sederhana 1995
Menteri boleh, berkenaan dengan setiap anggota Perbadanan yang dilantik di bawah perenggan 4(1)(b), (c) dan (d), melantik seorang menjadi anggota silih ganti untuk menghadiri mesyuarat
Perbadanan sebagai ganti anggota itu, sekiranya anggota itu tidak dapat hadir kerana apa-apa jua sebab.
Undang-Undang Malaysia 14
Akta 539
(2)
Apabila menghadiri mesyuarat Perbadanan, seseorang anggota silih ganti hendaklah bagi semua maksud disifatkan sebagai seorang anggota Perbadanan.
(3)
Seseorang anggota silih ganti hendaklah, melainkan jika dia meletakkan jawatan terlebih dahulu atau pelantikannya dibatalkan terlebih dahulu, terhenti daripada menjadi anggota silih ganti sekiranya anggota yang baginya dia menjadi anggota silih ganti terhenti daripada menjadi anggota Perbadanan.