Skip to content
In forceUpdated to 1 Jan 2006Read it in English

Bab II

18. Kuasa untuk mengawardkan pampasan dalam kes yang tertentu

Feedback & support
(1)

Mana-mana orang yang membawa guaman untuk pelaksanaan spesifik sesuatu kontrak boleh juga meminta pampasan bagi kemungkirannya, sama ada sebagai tambahan kepada, atau sebagai ganti bagi, pelaksanaannya.

Relief Spesifik 17

(2)

Jika dalam mana-mana guaman sedemikian, mahkamah memutuskan bahawa pelaksanaan spesifik tidak patut diberi, tetapi ada suatu kontrak antara pihak yang telah dimungkirkan oleh defendan dan bahawa plaintif adalah berhak kepada pampasan bagi kemungkiran itu, mahkamah hendaklah mengawardkan pampasan kepada plaintif dengan sewajarnya.

A berkontrak untuk menjual seratus gantang beras kepada B. B membawa guaman untuk memaksa A melaksanakan kontrak itu atau untuk membayar pampasan. Mahkamah berpendapat bahawa A telah membuat suatu kontrak yang sah dan telah memungkirinya, tanpa sebab, dan menyebabkan kerugian kepada B, tetapi pelaksanaan spesifik bukan satu remedi yang sesuai. Mahkamah hendaklah mengawardkan kepada B pampasan sebagaimana yang difikirkannya adil.

(3)

Jika dalam mana-mana guaman itu, mahkamah memutuskan bahawa pelaksanaan spesifik patut diberi, tetapi ia tidak memadai untuk memenuhi keadilan kes itu, dan bahawa pampasan bagi kemungkiran kontrak itu patut juga diberi kepada plaintif, mahkamah hendaklah mengaward plaintif akan pampasan itu dengan sewajarnya.

A berkontrak dengan B untuk menjual kepadanya sebuah rumah dengan harga RM1,000, harga itu hendaklah dibayar dan milikan diberi pada 1 haribulan Januari. A gagal untuk melaksanakan bahagian kontraknya, dan

B membawa guaman bagi pelaksanaan spesifik dan pampasan, yang diputuskan dengan memihak kepadanya. Dekri itu di samping memerintahkan pelaksanaan spesifik, boleh mengawardkan kepada B pampasan bagi apa-apa kerugian yang telah ditanggung olehnya disebabkan oleh keengganan A itu.

(4)

Pampasan yang diawardkan di bawah seksyen ini boleh ditaksirkan mengikut apa-apa cara yang diarahkan oleh mahkamah.

(5)

Hal keadaan bahawa kontrak itu tidak boleh diberi pelaksanaan spesifik tidak akan menghalang mahkamah daripada menjalankan bidang kuasa yang diberikan oleh seksyen ini.

(a)

A, seorang pembeli, membawa guaman terhadap B penjualnya, untuk mendapatkan pelaksanaan spesifik suatu kontrak bagi penjualan suatu paten.

Sebelum guaman itu didengar, paten itu telah habis tempoh. Mahkamah boleh mengaward A akan pampasan bagi ketidaklaksanaan kontrak itu, dan jika perlu, boleh meminda plaint bagi maksud itu.

18

Undang-Undang Malaysia

(b)

A membawa guaman untuk mendapatkan pelaksanaan spesifik bagi suatu resolusi yang diluluskan oleh pengarah suatu syarikat awam, yang di bawahnya dia berhak memperoleh sebilangan syer untuk diperuntukkan kepadanya, dan bagi pampasan bagi ketidaklaksanaan resolusi itu. Semua syer itu telah diuntukkan sebelum guaman itu dimulakan. Mahkamah boleh di bawah seksyen ini, mengaward A akan pampasan bagi ketidaklaksanaan itu.

Report

Bab III

Pembetulan Surat Cara

Bab IV

Penamatan Kontrak

Bab V

Pembatalan Surat Cara

Bab VI

Dekri Perisytiharan

Bab VII

Pelantikan Penerima

Bab VIII

Bahagian III

Relief Pencegahan

Bab IX

Mengenai Injunksi Secara Am

Bab X

Mengenai Injunksi Berkekalan