Seseorang Hakim boleh membuat suatu perintah yang menghendaki mana-mana perbuatan spesifik dilakukan atau tidak dilakukan, oleh mana-mana orang yang memegang jawatan awam, sama ada yang bersifat kekal atau sementara, atau oleh mana-mana perbadanan atau mana-mana mahkamah yang lebih rendah daripada
Mahkamah Tinggi:
Dengan syarat bahawa—
sesuatu permohonan bagi perintah sedemikian dibuat oleh seseorang yang harta, francais, atau hak dirinya akan rosak jika perbuatan spesifik tersebut tidak dilakukan atau dilakukan, mengikut mana-mana yang berkenaan;
melakukan atau tidak melakukan perbuatan itu di bawah mana-mana undang-undang yang sedang berkuat kuasa, dengan jelas terletak pada orang atau mahkamah itu atas sifatnya atau sifat awamnya atau pada perbadanan itu atas sifat perbadanannya;
pada pendapat Hakim itu melakukan atau tidak melakukan perbuatan itu adalah selaras dengan hak dan keadilan;
pemohon tidak mempunyai remedi undang-undang lain yang spesifik dan mencukupi; dan
remedi yang diberi oleh perintah yang dipohonkan akan mencukupi.
Tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh disifatkan sebagai membenarkan seseorang Hakim—
untuk membuat apa-apa perintah yang mengikat Yang di-Pertuan Agong;
untuk membuat apa-apa perintah ke atas mana-mana pekhidmat mana-mana Kerajaan di Malaysia, oleh yang demikian semata-mata untuk menguatkuasakan penyelesaian sesuatu tuntutan terhadap Kerajaan itu; atau 38
Undang-Undang Malaysia
untuk membuat apa-apa perintah yang dikecualikan dengan nyata selainnya oleh mana-mana undang-undang yang sedang berkuat kuasa.