Skip to content
In forceUpdated to 1 Jan 2006Read it in English
Contents

Act of Parliament

Akta Relif Spesifik 1950

Feedback & supportSpecific relief

In plain English

Not legal advice

This Act relates to specific relief. A person entitled to possess specific immovable property may recover it in the way set by the law on civil procedure. When a tenancy ends but the occupier stays in the property, the person entitled to it may recover it from the occupier only through court proceedings. A person put out of immovable property without consent, other than in due course of law, may sue to recover it. Such a suit may not be brought against any government in Malaysia.

Summary · Drafted with AI, checked against the official text on 30 Sep 2026.

Bahagian I

Permulaan

Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged

s 1Tajuk ringkas

Akta ini bolehlah dinamakan Akta Relief Spesifik 1950.

(1)

Dalam Akta ini—

“amanah” termasuklah tiap-tiap jenis pemunyaan fidusiari yang nyata, tersirat, atau konstruktif;

“obligasi” termasuklah tiap-tiap tugas yang boleh dikuatkuasakan oleh undang-undang;

“pemegang amanah” termasuklah tiap-tiap orang yang mempunyai sifat fidusiari, secara nyata, tersirat atau konstruktif;

“penyelesaian” ertinya apa-apa surat cara (selain wasiat atau kodisil) yang menurutnya matlamat atau penurunan kepentingan yang berturutan dalam harta alih atau harta tak alih dilupuskan atau dipersetujui supaya dilupuskan.

(a)

Z membekueskan tanah kepada A, “tanpa meragui bahawa A akan membayar daripada tanah itu suatu anuiti sebanyak RM1,000 kepada B bagi seumur hidupnya”. A menerima bekues itu. Dalam pengertian Akta ini, A ialah pemegang amanah bagi B, setakat anuiti itu.

(b)

A ialah penasihat undang-undang, perubatan atau kerohanian bagi B.

Dengan menjadikan dirinya dalam keadaan sebagai penasihat yang sedemikian,

A memperoleh keuntungan kewangan yang mungkin sebaliknya telah terakru kepada B. Dalam pengertian Akta ini, A ialah pemegang amanah bagi B atas keuntungan itu.

8

Undang-Undang Malaysia

(c)

A sebagai jurubank kepada B, menzahirkan keadaan akaun B, bagi maksud A sendiri. Dalam pengertian Akta ini, A ialah pemegang amanah untuk B, atas faedah yang diperoleh oleh A melalui penzahiran itu.

(d)

A, seorang daripada beberapa orang pekongsi, diambil kerja untuk membelikan barang bagi firma itu. A, tanpa diketahui oleh pekongsi bersamanya, membekalkan mereka itu dengan harga pasaran, barangan yang dibelinya dahulu semasa harga barangan itu lebih rendah, dan dengan itu membuat keuntungan yang banyak. Dalam pengertian Akta ini, A ialah pemegang amanah bagi pekongsi bersamanya atas keuntungan yang dibuat itu.

(e)

A, pengurus kilang nila kepunyaan B, menjadi ejen bagi C, seorang penjual biji nila, dan menerima, tanpa persetujuan B, komisen bagi biji yang dibeli daripada C untuk kilang itu. Dalam pengertian Akta ini, A adalah pemegang amanah bagi B, atas komisen yang diterima itu.

(2)

Semua perkataan yang terdapat dalam Akta ini, yang telah ditakrifkan dalam Akta Kontrak 1950 [Akta 136], hendaklah disifatkan mempunyai erti yang diberikan kepadanya masing-masing oleh

Akta 136 itu.

s 3Kecualian

Kecuali jika diperuntukkan dengan nyata selainnya dalam Akta ini, tiada apa-apa jua dalam Akta ini boleh disifatkan—

(a)

memberikan apa-apa hak untuk mendapatkan relief berkenaan dengan apa-apa perjanjian yang bukan suatu kontrak;

(b)

melucutkan mana-mana orang akan apa-apa hak untuk mendapatkan relief, selain pelaksanaan spesifik, yang dia mungkin dapat di bawah mana-mana kontrak; atau

(c)

menjejaskan kuat kuasa mana-mana undang-undang yang sedang berkuat kuasa yang berhubungan dengan pendaftaran dokumen.

s 4Bagaimana relief spesifik diberi

Relief spesifik diberi—

(a)

dengan mengambil milikan harta tertentu dan menghantarserahkannya kepada pihak menuntut;

Relief Spesifik 9

(b)

dengan memerintahkan sesuatu pihak melakukan perbuatan yang dia berkewajipan untuk melakukan;

(c)

dengan mencegah sesuatu pihak daripada melakukan perkara yang dia berkewajipan untuk tidak melakukannya;

(d)

dengan menentukan dan mengisytiharkan hak pihak selain daripada dengan suatu award pampasan; atau

(e)

dengan melantik penerima.

s 5Relief pencegahan

Relief spesifik yang diberikan di bawah perenggan 4(c)

dinamakan relief pencegahan.

s 6Relief tidak diberi untuk menguatkuasakan undang-undang penal

Relief spesifik tidak boleh diberikan bagi maksud untuk menguatkuasakan undang-undang penal semata-mata.

Bahagian II

Relief Spesifik

Bab I

Bab II

Bab III

Pembetulan Surat Cara

Bab IV

Penamatan Kontrak

Bab V

Pembatalan Surat Cara

Bab VI

Dekri Perisytiharan

Bab VII

Pelantikan Penerima

Bab VIII

Bahagian III

Relief Pencegahan

Bab IX

Mengenai Injunksi Secara Am

Bab X

Mengenai Injunksi Berkekalan