Akta Relif Spesifik 1950 · Updated to 1 Jan 2006 · Bahagian I · Permulaan
3. Kecualian
Feedback & supportKecuali jika diperuntukkan dengan nyata selainnya dalam Akta ini, tiada apa-apa jua dalam Akta ini boleh disifatkan—
(a)
memberikan apa-apa hak untuk mendapatkan relief berkenaan dengan apa-apa perjanjian yang bukan suatu kontrak;
(b)
melucutkan mana-mana orang akan apa-apa hak untuk mendapatkan relief, selain pelaksanaan spesifik, yang dia mungkin dapat di bawah mana-mana kontrak; atau
(c)
menjejaskan kuat kuasa mana-mana undang-undang yang sedang berkuat kuasa yang berhubungan dengan pendaftaran dokumen.