Skip to content
In forceUpdated to 1 Jan 2006Read it in English

Bab VIII

45. Bagaimana permohonan dibuat dan tatacara

Feedback & support

Tiap-tiap permohonan di bawah seksyen 44 mesti berasaskan suatu afidavit orang tercedera, yang menyatakan haknya dalam perkara yang dipersoalkan, tuntutannya mengenai keadilan, dan penafian mengenainya; dan seseorang Hakim boleh, atas budi bicaranya, pertama-tama menjadikan perintah yang dipohon itu sebagai mutlak, atau menolaknya, atau memberikan suatu kaedah supaya ditunjukkan sebab mengapa perintah yang dipohon itu tidak patut dibuat. Jika, dalam kes yang terakhir itu, orang itu, mahkamah atau perbadanan yang diadukan itu tidak menunjukkan sebab yang mencukupi, Hakim itu boleh mulanya membuat suatu perintah secara alternatif, sama ada supaya dilakukan atau tidak dilakukan perbuatan yang disebut dalam perintah itu, atau supaya menyatakan beberapa sebab sebaliknya dan memberikan jawapan kepadanya pada mana-mana hari sebagaimana yang ditetapkan oleh Hakim bagi maksud ini.

Report

Bahagian III

Relief Pencegahan

Bab IX

Mengenai Injunksi Secara Am

Bab X

Mengenai Injunksi Berkekalan