Skip to content
In forceUpdated to 1 Jan 2006Read it in English

Bab IX · Mengenai Injunksi Secara Am

51. Injunksi sementara dan berkekalan

Feedback & support
(1)

Injunksi sementara adalah yang berterusan sehingga suatu masa yang ditetapkan, atau sehingga perintah selanjutnya oleh mahkamah. Injunksi sementara boleh diberi pada mana-mana tempoh sesuatu guaman, dan dikawal selia oleh undang-undang yang berhubungan dengan tatacara sivil.

(2)

Injunksi berkekalan hanya boleh diberi melalui dekri yang dibuat pada masa perbicaraan dan atas merit guaman itu; dengan itu defendan dihalang secara berkekalan daripada menuntut sesuatu hak atau daripada melakukan sesuatu perbuatan, yang akan bertentangan dengan hak plaintif.

Report

Bab X

Mengenai Injunksi Berkekalan