Skip to content
In forceUpdated to 10 Mar 2023Read it in English

Bahagian IV · Pentadbiran Akta

12. Kuasa Pesuruhjaya untuk menghendaki pendedahan maklumat

Feedback & support
(1)

Pesuruhjaya boleh mengarahkan mana-mana orang supaya mendedahkan apa-apa maklumat kepadanya dan mengemukakan apa-apa laporan dan dokumen dalam pengetahuannya atau dalam miliknya sebagaimana yang difikirkannya perlu bagi maksud penjalanan mana-mana kuasa dan fungsi Pesuruhjaya di bawah

Akta ini dan dia boleh selanjutnya mengarahkan mana-mana orang yang difikirkannya perlu supaya hadir di hadapannya untuk membolehkannya menjalankan kuasa dan fungsinya di bawah

Akta ini.

(2)

Mana-mana orang yang—

(a)

tidak mematuhi arahan

Pesuruhjaya di bawah subseksyen (1);

(b)

mendedahkan apa-apa maklumat yang diketahuinya adalah palsu; atau

(c)

mengemukakan suatu laporan atau dokumen yang diketahuinya adalah palsu, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak kurang daripada lima ribu ringgit tetapi tidak lebih daripada lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

Pembangunan Sukan 15

Report

Bahagian V

Pendaftaran dan Penyeliaan Badan Sukan

Bahagian VI

Jawatankuasa Pertikaian Sukan

Bahagian VII

Pelbagai

Schedules