Akta Pembangunan Sukan 1997 · Updated to 10 Mar 2023 · Bahagian IV · Pentadbiran Akta
13. Kuasa tambahan Pesuruhjaya
Feedback & supportSebagai tambahan kepada kuasa, tugas dan fungsi yang diberikan kepada Pesuruhjaya oleh Akta ini dan apa-apa peraturan yang dibuat di bawahnya, Pesuruhjaya hendaklah mempunyai dan boleh menjalankan segala kuasa, menunaikan segala tugas dan melaksanakan segala fungsi yang perlu bagi maksud menguatkuasakan dan menjalankan peruntukan Akta ini.