Akta Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (Perbadanan) 1975 · As enacted · Bahagian V · Pentadbiran
20. Section 20
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Tertakluk kepada seksyen-kecil (2) dan kepada batasan-batasan atau syarat-syarat sebagaimana yang difikirkannya patut, Majlis boleh mewakilkan mana-mana daripada tugas-tugas atau kuasa-kuasanya, kecuali kuasa untuk membuat kaedah-kaedah di bawah seksyen 21 dan kuasa pewakilan yang diberi oleh seksyen-kecil ini, kepada—
mana-mana jawatankuasa yang dilantik di bawah seksyen 19; atau
Pengawal, mana-mana Pengarah, atau mana-mana pegawai Majlis.
Majlis tidak boleh mewakilkan kuasa-kuasanya di bawah seksyen 30 (8) melainkan kepada Jawatankuasa Piawaian.
Tertakluk kepada batasan-batasan atau syarat-syarat sebagaimana yang difikirkan patut oleh jawatankuasa atau Majlis, sesuatu jawatankuasa yang dilantik di bawah seksyen 19. boleh mewakilkan mana-mana daripada tugastugas atau kuasa-kuasanya, termasuk mana-mana tugas atau kuasa yang diwakilkan di bawah seksyen-kecil (1), kepada—
suatu jawatankuasa-kecil yang dilantik olehnya sendiri dari-antara-ahli-ahlinya-sendiri; atau
mana-mana daripada ahli-ahlinya.
Jika sesuatu jawatkuasa, jawatkuasa-kecil, atau seseorang berupa sebagai bertindak menurut perwakilan di bawah seksyen-kecil (1) atau (3), jawatankuasa, jawatankuasa-kecil, atau seseorang itu hendaklah dianggap sebagai bertindak mengikut syarat-syarat perwakilan jika tiada apa-apa bukti sebaliknya.
menetapkan cara bagaimana penentuan-penentuan boleh diisytiharkan sebagai penentuan-penentuan piawai;
membuat peraturan mengenai pengumuman penentuan-penentuan piawai;
Sesuatu perwakilan di bawah seksyen-kecil (1) atau (3) boleh dibatalkan pada bila-bila masa oleh Majlis atau jawatankuasa yang mewakilkan itu, mengikut mana yang berkenaan, dan perwakilan itu tidak boleh menghalang penjalanan apa-apa tugas atau kuasa oleh Majlis atau jawatankuasa yang mewakilkan itu.
Bahagian VI
Kewangan dan Lapuran
Bahagian VII
Piawaian
Bahagian VIII
Tambahan
Bahagian IX