Akta Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (Perbadanan) 1975 · As enacted · Bahagian VIII · Tambahan
Akta Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (Perbadanan) 1975 · As enacted · Bahagian VIII · Tambahan
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Kecuali bagi maksud Akta ini atau maksud sesuatu pembicaraan jenayah di bawah Akta ini, seorang ahli Majlis atau sesuatu jawatankuasa yang dilantik di bawah seksyen-19, Pengawal, seseorang-Pengarah, atau seseorang pegawai atau pekerja Institiut tidak boleh menzahirkan apa-apa maklumat berhubung dengan mana-mana satu urusan yang telah diperolehi olehnya semasa menjalankan kewajipannya dan yang tidak diumumkan menurut Akta ini.
Segala maklumat
Segala maklumat yang diperolehi oleh Majlis, Pengawal, seseorang—Pengarah, atau seseorang pegawai atau pekerja Institiut atau oleh seseorang lain semasa mentadbirkan Akta ini tentang apa-apa formula, proses, atau amalan hendaklah disifatkan sebagai sulit kecuali bagi maksud-maksud berkaitan dengan pentadbiran Akta ini.
Seseorang yang menyampaikan maklumat kepada seseorang atau yang membiarkan atau membenarkan seseorang melihat maklumat bersalahan dengan seksyen ini adalah bersalah atas suatu kesalahan dan boleh apabila disabitkan dikenakan denda tidak lebih daripada lima ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak lebih daripada satu tahun atau kedua-duanya.
Bahagian IX