Skip to content

Seksyen 2

Jabatan Perangkaan

of Akta Perangkaan 1965

ActIn forceProvision 2 of 9
Seksyen 2
(1)

Biro Perangkaan yang ditubuhkan oleh seksyen 3 Ordinan

Perangkaan 1949 [Ordinan 31 tahun 1949], hendaklah dikenali sebagai

Jabatan Perangkaan (kemudian daripada ini disebut “Jabatan”).

(2)

Fungsi Jabatan ini adalah untuk mengumpulkan dan mentafsirkan perangkaan bagi maksud memperlengkapi maklumat yang dikehendaki dalam membentuk atau menjalankan dasar Kerajaan dalam apa-apa bidang atau selainnya yang dikehendaki bagi maksud Kerajaan atau bagi memenuhi keperluan perdagangan, komers, perindustrian atau pertanian (termasuk perhutanan, perikanan dan perburuan).

(3)

Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan kemudian daripada ini,

Jabatan hendaklah jika ia fikirkannya bagi kepentingan awam mempunyai kuasa untuk menyampaikan perangkaan yang dikumpulkan oleh mereka atau

6 Undang-Undang Malaysia AKTA 415

pentafsiran perangkaan yang dikumpulkan sedemikian oleh mereka bukan sahaja kepada jabatan Kerajaan atau orang yang untuknya maklumat itu telah dikumpulkan tetapi juga kepada pihak berkuasa atau orang lain yang untuknya maklumat atau pentafsiran itu mungkin berguna.