Seksyen 5
Notis untuk menghendaki butir-butir
Bagi maksud fungsi Jabatan di bawah subseksyen 2(2) Ketua
Perangkawan boleh melalui notis bertulis menghendaki mana-mana orang yang menjalankan suatu pengusahaan dalam Malaysia (sama ada sebagai ejen atau prinsipal) untuk memberi butir-butir sedemikian berhubungan dengan pengusahaan itu atas perkara sedemikian dan dalam bentuk sedemikian sebagaimana yang dinyatakan oleh Ketua Perangkawan, iaitu butir-butir yang ada dalam pengetahuan orang itu atau yang dia semunasabahnya boleh dapatkan.
(2)
Notis di bawah subseksyen (1) boleh disampaikan dengan menyerahkannya kepada orang yang dimaksudkan dengannya itu di suatu tempat di mana pengusahaan yang berkenaan sedang dijalankan atau di kediamannya.
.
(3)
Suatu notis boleh menghendaki maklumat itu supaya diberikan pada masa tertentu atau dalam lat tempoh tertentu.
(4)
Suatu notis boleh menghendaki seseorang yang tidak ada pengetahuan tentang butir-butir yang dikehendaki atau tidak boleh didapatkan butir-butir tersebut untuk memberikan kepada Ketua Perangkawan anggaran terbaik tentang butir-butir itu.
(5)
Jabatan tidaklah boleh menghendaki mana-mana orang untuk memberikan maklumat yang akan mendedahkan apa-apa proses rahsia atau rahsia perdagangan yang lain.
(6)
Dalam seksyen ini “pengusahaan” ertinya apa-apa pengusahaan yang dijalankan dengan cara perdagangan atau perniagaan, apa-apa profesion yang dijalankan oleh seseorang individu, atau apa-apa aktiviti (sama ada
8 Undang-Undang Malaysia AKTA 415
dijalankan untuk mendapat keuntungan ataupun tidak) sesuatu pertubuhan perbadanan atau sesuatu kumpulan orang tak diperbadankan.