Skip to content

Seksyen 4

Perlindungan tentang penggunaan dan komunikasi maklumat

of Akta Perangkaan 1965

ActIn forceProvision 4 of 9
Seksyen 4
(1)

Kecuali dengan persetujuan bertulis terlebih dahulu daripada orang yang olehnya, atau daripada mana-mana orang (sama ada sebagai ejen atau prinsipal) yang menjalankan suatu pengusahaan yang berhubungan dengan, perangkaan telah dikumpulkan, tiada perangkaan yang dikumpulkan oleh

Jabatan ini boleh digunakan oleh mereka bagi maksud menentukan apa-apa liabiliti mana-mana orang atau apa-apa pengusahaan itu kepada apa-apa perihal pencukaian atau pelevian, sama ada Persekutuan, Negeri atau selainnya atau disampaikan kepada mana-mana jabatan Kerajaan atau pihak

Perangkaan 7

berkuasa atau orang lain, sebagai suatu jabatan, pihak berkuasa atau orang yang mungkin menggunakannya bagi maksud itu.

(2)

Dalam menyampaikan perangkaan yang dikumpulkan oleh mereka atau pentafsirannya

Jabatan hendaklah mengambil langkah untuk memastikan bahawa pengenalan mana-mana orang atau apa-apa pengusahaan kepada siapa atau kepada mana ia berhubung adalah tidak dengan demikian itu didedahkan.