Skip to content
In forceUpdated to 1 Apr 2021Read it in English

Bahagian II · Permohonan untuk Memecah Bahagi Bangunan atau Tanah

12. Kuasa Pengarah Tanah dan Galian berhubung dengan permohonan

Feedback & support
(1)

Apabila menerima sesuatu permohonan yang dibuat di bawah seksyen 9, Pengarah hendaklah―

(a)

meluluskan pecah bahagian itu jika didapatinya yang syarat-syarat yang dinyatakan dalam seksyen 10 adalah dipenuhi; dan

(b)

dalam apa-apa hal lain, menolak permohonan itu.

(2)

Jika Pengarah telah meluluskan sesuatu permohonan untuk pecah bahagi bangunan atau tanah, dia hendaklah meminta Pengarah

Ukur untuk menyediakan atau menyebabkan untuk disediakan pelan strata yang diperakui.

(3)

Jika Pengarah telah menolak mana-mana permohonan itu, dia hendaklah—

(a)

memberitahu Pentadbir Tanah yang dengan segera memaklumkan pemilik dan membatalkan atau menyebabkan dibatalkan catatan yang diendorskan dalam dokumen hakmilik daftar menurut subseksyen 9(3); dan

(b)

membayar balik fi bagi penyediaan dan pendaftaran hakmilik strata.

Report

Bahagian III

Pendaftaran Hakmilik Strata

Bahagian IV

Blok Sementara: Pengeluaran

Schedules