Akta Hakmilik Strata 1985 · Updated to 1 Apr 2021 · Bahagian II · Permohonan untuk Memecah Bahagi Bangunan atau Tanah
11. Penarikan balik permohonan
Feedback & supportPermohonan di bawah subseksyen 9(1) tidak boleh ditarik balik kecuali dengan persetujuan Pengarah; dan Pengarah tidaklah boleh memberi persetujuannya melainkan jika dia berpuas hati bahawa penarikan balik itu tidak, atau tidak akan, memudaratkan kepentingan mana-mana orang yang telah membeli atau bersetuju membeli mana-mana petak bangunan yang berkenaan.
Jika permohonan di bawah subseksyen 9(1) ditarik balik,
Pengarah hendaklah memaklumkan kepada Pendaftar atau Pentadbir
Tanah yang hendaklah membatalkan atau menyebabkan untuk dibatalkan catatan yang diendorskan dalam dokumen hakmilik daftar itu menurut subseksyen 9(3).
38 Undang-Undang Malaysia AKTA 318