Seksyen 73
Beban membuktikan
of Akta Keterangan Mahkamah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997
ActIn forceProvision 73 of 133
Seksyen 73
(1)
Sesiapa yang berhasrat supaya mana-mana Mahkamah memberikan penghakiman tentang apa-apa hak atau tanggungan di sisi undang-undang yang bergantung kepada kewujudan fakta yang ditegaskan olehnya, mestilah membuktikan bahawa fakta itu wujud.
(2)
Apabila seseorang terikat untuk membuktikan kewujudan apa-apa fakta, maka dikatakan bahawa beban membuktikan terletak pada orang itu.
A berhasrat supaya Mahkamah memberikan penghakiman supaya B dihukum kerana suatu jenayah yang dikatakan oleh A telah dilakukan oleh B.
A mesti membuktikan bahawa B telah melakukan jenayah itu.