Skip to content
In forceUpdated to 1 Jan 2013Read it in English

Bahagian II · Kesalahan yang Berhubungan Dengan ‘Aqidah

4. Doktrin palsu

Feedback & support
(1)

Mana-mana orang yang mengajar atau menjelaskan apa-apa doktrin atau melaksanakan apa-apa upacara atau perbuatan yang berhubungan dengan agama Islam di mana-mana tempat, sama ada tempat persendirian atau tempat awam, adalah melakukan suatu

Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 11

kesalahan jika doktrin atau upacara atau perbuatan itu berlawanan dengan Hukum Syarak atau mana-mana fatwa yang sedang berkuat kuasa di Wilayah Persekutuan, dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau disebat tidak melebihi enam sebatan atau dihukum dengan mana-mana kombinasi hukuman itu.

(2)

Mahkamah boleh memerintahkan supaya mana-mana dokumen atau benda yang digunakan dalam pelakuan atau yang ada kaitan dengan kesalahan yang disebut dalam subseksyen (1) dilucuthakkan dan dimusnahkan, walaupun tiada seorang pun telah disabitkan atas kesalahan itu.

Mengembangkan doktrin agama, dsb.

Report

Bahagian IV

Kesalahan yang Berhubungan Dengan Kesusilaan

Bahagian V

Kesalahan Pelbagai

Bahagian VI

Penyubahatan dan Percubaan

Bahagian VII

Kecualian Am

Bahagian VIII

Perkara Am

Schedules