Syariah Criminal Offences (Federal Territories) Act 1997 · Updated to 1 Jan 2013 · Bahagian II · Kesalahan yang Berhubungan Dengan ‘Aqidah
17. Menghasut supaya mengabaikan kewajipan agama
Feedback & supportMana-mana orang yang menghasut atau mendorong mana-mana orang Islam supaya tidak menghadiri masjid atau pengajaran agama atau apa-apa upacara agama adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi satu ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.
Mana-mana orang yang dengan apa-apa cara mencegah orang yang lain daripada membayar zakat atau fitrah adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi
16
Undang-Undang Malaysia AKTA 559
dua ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.