Seksyen 7
Menghina, atau menyebabkan dipandang hina, dll. agama Islam
of Syariah Criminal Offences (Federal Territories) Act 1997
Mana-mana orang yang secara lisan atau secara bertulis atau dengan gambaran yang tampak atau dengan apa-apa cara lain—
(a)
menghina agama Islam atau menyebabkan agama Islam dipandang hina;
(b)
mempersendakan, mengajuk-ajuk atau mencemuh amalan atau upacara yang berhubungan dengan agama Islam; atau
(c)
mempersendakan atau menyebabkan dipandang hina mana-mana undang-undang yang sedang berkuat kuasa di
Wilayah Persekutuan yang berhubungan dengan agama
Islam, adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.