Seksyen 109
Menahan pesalah yang hadir di Mahkamah
of Akta Prosedur Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997
Mana-mana orang yang menghadiri suatu Mahkamah, walaupun tidak ditangkap atau disaman, boleh ditahan oleh
Mahkamah itu untuk diperiksa bagi apa-apa kesalahan yang boleh diambil perhatian oleh Mahkamah itu dan yang, daripada keterangan, ternyata telah dilakukan olehnya, dan bolehlah dijalankan tindakan terhadapnya seolah-olah dia telah ditangkap atau disaman.
(2)
Apabila penahanan itu berlaku selepas suatu perbicaraan telah bermula, tatacara berkenaan dengan orang itu hendaklah dimulakan semula dan saksi-saksi didengar semula.
Tatacara Jenayah Syariah 73
(Wilayah-Wilayah Persekutuan)