Seksyen 106
Mahkamah kepada tertuduh yang tidak dibela
of Akta Prosedur Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997
Pada tiap-tiap perbicaraan jika dan apabila Mahkamah memanggil tertuduh untuk mengemukakan pembelaannya Mahkamah hendaklah, jika tertuduh tidak diwakili oleh Peguam Syarie, memberitahunya tentang haknya untuk mengangkat sumpah dan kesannya atau tentang haknya untuk memberikan keterangan bagi pihak dirinya sendiri, dan jika dia memilih untuk memberikan keterangan bagi pihak dirinya sendiri, hendaklah menarik perhatiannya kepada perkara utama dalam keterangan bagi pihak pendakwa terhadapnya supaya dia berpeluang untuk menjelaskannya.
Tatacara Jenayah Syariah 71
(Wilayah-Wilayah Persekutuan)
(2)
Kegagalan mana-mana tertuduh pada mana-mana perbicaraan untuk memberikan keterangan tidak boleh dijadikan oleh pihak pendakwa perkara kritikan yang memburuk-burukkan tertuduh.