Seksyen 126
Masa melaksanakan hukuman sebat
of Akta Prosedur Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997
ActIn forceProvision 126 of 231
Seksyen 126
(1)
Apabila tertuduh dihukum sebat sebagai tambahan kepada hukuman pemenjaraan, hukuman sebat itu tidaklah boleh dikenakan jika suatu rayuan dibuat dan sehingga hukuman itu disahkan oleh
Mahkamah rayuan yang berkenaan.
(2)
Sebatan itu hendaklah dikenakan dengan seberapa segera yang praktik dan dalam hal suatu rayuan, dengan seberapa segera yang praktik selepas penerimaan perintah Mahkamah rayuan yang berkenaan yang mengesahkan hukuman itu.
Bermulanya hukuman pemenjaraan ke atas banduan yang telah sedia menjalani hukuman pemenjaraan