11. Seksyen baharu 24 dan 25
Feedback & supportAkta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 23
seksyen yang berikut:
s 24“Lembaga boleh memperbadankan syarikat
Lembaga boleh, dengan kelulusan Menteri dan Menteri
Kewangan, memperbadankan suatu syarikat untuk menjalankan atau terlibat dalam apa-apa aktiviti yang diluluskan atau diusahakan oleh Lembaga bagi maksud Akta ini.
Peruntukan bagi pendahuluan daripada Kumpulan Wang
s 25Disatukan Persekutuan
Jika Lembaga pada bila-bila masa tidak berupaya untuk membayar apa-apa jumlah wang yang ada dalam kredit akaun pencarum kepada pencarum, waris atau waris kadim
Tabung Angkatan Tentera (Pindaan)
15
pencarum, sebagaimana yang dikehendaki di bawah Akta ini, jumlah wang yang dikehendaki dibayar sedemikian hendaklah dipertanggungkan ke atas dan didahulukan kepada Lembaga daripada Kumpulan Wang Disatukan Persekutuan dan Lembaga hendaklah, dengan seberapa segera yang praktik, membayar balik kepada Kerajaan Malaysia jumlah wang yang telah didahulukan sedemikian.”.