Seksyen 8
Seksyen 11 Akta ibu dipinda—
of Akta Tabung Angkatan Tentera (Pindaan) 2022
(a)
dengan menggantikan subseksyen (1) dengan subseksyen yang berikut:
“(1) Tertakluk kepada peruntukan seksyen ini,
Lembaga boleh, dengan kelulusan Menteri, pada atau selepas berakhirnya tahun kewangan pada setiap tahun, mengisytiharkan suatu kadar keuntungan atas caruman kepada Tabung berdasarkan prestasi kewangan sebenar
Lembaga bagi tahun itu.”;
(b)
dalam subseksyen (2)—
(i)
dengan memotong perenggan (a);
(ii)
dalam perenggan (ba), dengan menggantikan perkataan “yang difikirkan cukup oleh aktuari”
dengan perkataan “yang mencukupi”; dan
(iii)
dengan menggantikan perenggan (c) dengan perenggan yang berikut:
“(c) Lembaga berpuas hati dengan kemampuan
Tabung untuk membuat semua pembayaran yang dikehendaki untuk dibayar di bawah Akta ini tidak terancam dengan perisytiharan kadar itu.”; dan
(c)
dengan memasukkan selepas subseksyen (2) subseksyen yang berikut:
“(2a) Bagi maksud perisytiharan keuntungan di bawah subseksyen (1), Lembaga hendaklah dianggap sebagai solven sekiranya Lembaga berupaya untuk membayar hutangnya jika dan apabila hutang itu menjadi kena dibayar dalam masa dua belas bulan sebaik selepas perisytiharan itu dibuat.
Undang-Undang Malaysia 10
Akta A1668
(2b)
Lembaga boleh, dari semasa ke semasa sebagaimana yang difikirkannya perlu, melantik aktuari yang berkelayakan dan bebas untuk membantu
Lembaga dalam membuat penilaian prestasi kewangannya menurut seksyen ini dan penilaian sedemikian boleh dijadikan sebagai panduan kepada Lembaga.”.
Pindaan seksyen 12