Skip to content
In forceAs enactedRead it in English

5. Penggantian seksyen 8

Feedback & support

Akta ibu dipinda dengan menggantikan seksyen 8 dengan seksyen yang berikut:

“Kewajipan dan tanggungjawab anggota, dsb.

s 8Section 8

(1)

Anggota Lembaga, anggota Panel Pelaburan, anggota jawatankuasa Lembaga, pegawai dan pekhidmat Lembaga hendaklah—

(a)

pada setiap masa, menjalankan kuasanya mengikut

Akta ini bagi maksud yang sepatutnya dan dengan suci hati demi kepentingan Tabung; dan

(b)

menjalankan kewajipan dan tanggungjawabnya dengan ketelitian, kemahiran dan ketekunan yang munasabah berdasarkan pengetahuan, kemahiran dan pengalaman yang semunasabahnya dijangka daripada seorang yang mempunyai kewajipan dan tanggungjawab yang sama.

(2)

Anggota Lembaga, anggota Panel Pelaburan, anggota jawatankuasa Lembaga, pegawai dan pekhidmat Lembaga yang telah memungkiri atau gagal mematuhi, telah menyumbang kepada kemungkiran atau ketidakpatuhan atau telah melanggar mana-mana peruntukan Akta ini boleh, bagi apa-apa kerugian atau kerosakan disebabkan oleh tindakan atau peninggalannya, dipertanggungjawabkan secara sendiri.”.

Undang-Undang Malaysia 8

Report