Skip to content

Seksyen 42

of Akta Takaful 1984

ActRepealedProvision 42 of 68

Seksyen 42

(1)

Tertakluk kepada seksyen ini, seseorang pengendali yang didaftarkan di bawah Akta ini berkenaan dengan perniagaan perpaduan keluarga hendaklah menyebabkan suatu penyiasatan dibuat oleh seorang aktuari yang berkelayakan ke atas keadaan kewangan bagi bahagian kumpulan wang takaful dari perniagaan perpaduan keluarganya yang diuntukkan dengan khasnya untuk membayar faedah-faedah takaful dan hendaklah menyebabkan laporan mengenainya dibuat oleh aktuari kepada pengendali itu, dan hendaklah diserahsimpan dengan Ketua Pengarah (bersama-sama dengan apa-apa fee yang ditetapkan) ringkasan laporan aktuari dan sijil yang berhubungan dengannya dan apaapa pernyataan tentang perniagaan itu sebagaimana yang dikehendaki oleh Bahagian II Jadual Kedua dan Bahagian III Jadual itu, setakat mana yang relevan dengan dokumen-dokumen itu, hendaklah mempunyai kesan mengenai bentuk dan kandungannya serta masa dan cara ianya akan diserahsimpan.

(3)

Sebutan-sebutan dalam Akta ini mengenai dokumen-dokumen yang diserahsimpan dengan Ketua Pengarah tidaklah boleh dikira termasuk dokumen-dokumen yang dikehendaki oleh seksyen ini disertakan dengan dokumen-dokumen yang diserahsimpan sedemikian.

(2)

Penyiasatan di bawah subseksyen (1) hendaklah dibuat tiap-tiap tahun pada akhir tiap-tiap tempoh perakaunan sebagaimana yang ditetapkan oleh pengendali.

(a)

telah membuat penyiasatan aktuari ke atas perniagaan perpaduan keluarga yang baginya ada disenggarakan suatu kumpulan wang takaful di bawah Akta ini (sama ada dengan atau tanpa apa-apa perniagaan perpaduan keluarga lain yang dijalankan olehnya); dan

(4)

Jika pengendali yang didaftarkan di bawah Akta ini berkenaan dengan perniagaan perpaduan keluarga—

(b)

penyiasatan itu tidak dibuat untuk mematuhi subseksyen (1) atau apa-apa peruntukan tentang penyata dalam undang-undang berhubungan dengan takaful dalam suatu negara di luar Malaysia, tetapi hasil penyiasatan itu diumumkan,

TAKAFUL maka pengendali hendaklah, apabila dokumendokumen itu diserahsimpan dengan Ketua Pengarah, mematuhi kehendak-kehendak subseksyen (1) sama halnya seperti penyiasatan di bawah subseksyen itu.