Skip to content

Seksyen 45

of Akta Takaful 1984

ActRepealedProvision 45 of 68

Seksyen 45

(1)

Tertakluk kepada subseksyen (3), jika pengendali didaftarkan di bawah Akta ini berkenaan dengan mana-mana satu kelas perniagaan takaful, pengendali itu hendaklah dari semasa ke semasa, sehingga pengendali terhenti daripada didaftarkan sedemikian, memberitahu Ketua Pengarah secara bertulis mengenai apaapa perubahan yang menjejaskan butir-butir pendaftaran pengendali, dan hendaklah berbuat sedemikian dalam masa tiga bulan selepas berlakunya perubahan itu.

(2)

Jika perubahan itu terkandung dalam pindaan kepada mana-mana dokumen atau gantian mana-mana dokumen oleh suatu dokumen baru, pengendali hendak-lah memberi kepada Ketua Pengarah satu salinan dokumen yang menunjukkan pindaan itu atau, mengikut mana yang berkenaan, satu salinan dokumen yang baru itu.

(3)

Seksyen ini hendaklah berkuatkuasa tertakluk kepada apa-apa kecualian yang ditetapkan, dan Ketua Pengarah boleh dalam sesuatu kes tertentu mengenepikan (sama ada dengan tidak bersyarat atau tertakluk kepada apa-apa syarat) kehendak memberi maklumat di bawah seksyen ini tentang apa-apa perkara.

(4)

Dalam seksyen ini "butir-butir pendaftaran" ertinya dokumen dan maklumat yang diberi oleh pengendali untuk mematuhi subseksyen (3) seksyen 8 apabila memohon untuk didaftarkan berkenaan dengan kelas perniagaan yang berkenaan, atau yang diberi oleh pengendali untuk mematuhi seksyen ini berkenaan dengannya.