Skip to content

Seksyen 43

of Akta Takaful 1984

ActRepealedProvision 43 of 68

Seksyen 43

(1)

Jika pada hemat Ketua Pengarah bahawa apaapa dokumen yang diserahsimpan mengikut seksyen 41 dan 42 mengenai sesuatu hal itu adalah tidak memuaskan, tidak lengkap, tidak tepat atau mengelirukan atau ia tidak mematuhi kehendak-kehendak Akta ini, Ketua Pengarah boleh melalui notis secara bertulis menghendaki apa-apa penjelasan sebagaimana yang difikirkannya perlu dibuat oleh atau bagi pihak pengendali dalam suatu masa (tidak kurang danipada empat belas hari) sebagaimana yang ditetapkan dalam notis itu.

(2)

Ketua Pengarah boleh, setelah menimbangkan penjelasan yang tersebut dalam subseksyen (1), atau jika penjelasan itu tidak diberi oleh atau bagi pihak pengendali dalam masa yang ditetapkan dalam subseksyen itu, menolak dokumen itu atau memberi apaapa arahan sebagaimana yang difikirkannya perlu bagi membuat perubahan dalam suatu masa (tidak kurang daripada satu bulan) sebagaimana yang ditetapkan dalam arahan itu.

(3)

Arahan-arahan yang diberi di bawah subseksyen

(2)

berkenaan dengan apa-apa dokumen boleh menghendaki dibuat apa-apa perubahan berbangkit akan apa-apa dokumen lain yang diserahsimpan oleh pengendali di bawah seksyen 41 dan 42. sebagaimana yang ditetapkan dalam arahan itu.

(4)

Jika arahan diberi di bawah subseksyen (2), apaapa dokumen yang berkaitan dengannya hendaklah disifatkan belum diserahsimpan sehingga ianya dikemukakan semula dengan perubahan-perubahan yang dikehendaki oleh arahan itu, tetapi pengendali hendaklah disifatkan telah mengemukakan dokumen itu dalam masa yang dihadkan oleh Jadual Kedua jika ia dikemukakan semula seperti yang tersebut di atas dalam masa yang dihadkan oleh arahan itu.