Seksyen 57
Seksyen 57
Peraturan-peraturan boleh membuat peruntukan mengenai pemungutan oleh atau bagi pihak Ketua Pengarah, pada lat-lat tempoh atau ketika-ketika yang ditetapkan, maklumat statistik mengenai perkaraperkara yang relevan dengan takaful sebagaimana yang ditetapkan, dan boleh membuat peruntukan mengenai pemungutan dan penggunaan maklumat itu bagi apa-apa maksud, sama ada atau tidak berkaitan dengan takaful.
(2)
Peraturan-peraturan itu boleh membuat peruntukan untuk menghendaki pengendali, broker takaful dan ajuster supaya memberi kepada Ketua Pengarah, dalam borang yang ditetapkan, apa-apa maklumat sebagaimana yang ditetapkan.
(3)
Sesuatu maklumat yang diperolehi oleh atau bagi pihak Ketua Pengarah tidak boleh digunakan semata-mata menurut kuasa seksyen ini kecuali dalam bentuk yang tidak menzahirkan hal-ehwal seseorang yang tertentu.