Seksyen 59
ActRepealedProvision 59 of 68
Seksyen 59
(1)
Kecuali bagi maksud-maksud Akta ini atau apa-apa prosiding jenayah di bawah Akta ini, tiada seorang pun yang dilantik untuk menjalankan apa-apa kuasa di bawah Akta ini boleh menzahirkan apa-apa maklumat berkenaan dengan perniagaan seseorang individu atau hal-ehwal mana-mana peserta individu bagi pengendali yang telah diperolehi semasa menjalankan kewajipannya dan yang tidak disiarkan menurut Akta ini.
(2)
Mana-mana orang yang dengan disedarinya melanggar peruntukan-peruntukan subseksyen (1) adalah melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan, boleh dikenakan denda tidak melebihi dua puluh ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi satu tahun.