Skip to content

Seksyen 66

of Akta Takaful 1984

ActRepealedProvision 66 of 68

Seksyen 66

(1)

Seseorang yang pada bila-bila masa telah diberi kuasa sebagai ejennya oleh pengendali takaful dan yang mensolisit atau merundingi suatu kontrak takaful atas sifat itu hendaklah dalam setiap hal itu disifatkan bagi maksud pembentukan kontrak, sebagai ejen pengendali itu dan pengetahuan orang itu berhubungan dengan sesuatu perkara yang relevan dengan penerimaan risiko oleh pengendali hendaklah disifatkan sebagai pengetahuan pengendali.

(a)

jika terdapat pakatan atau pembiaran di antara orang itu dan peserta yang dicadangkan dalam pembentukan kontrak itu; atau

(b)

jika orang itu telah terhenti daripada menjadi ejennya dan pengendali telah mengambil segala langkah yang munasabah untuk memberitahu atau membawa kepada pengetahuan bakal peserta dan orang awam amnya akan hal mengenai pemberhentian itu.

(2)

Sesuatu pernyataan yang dibuat atau apa-apa perbuatan yang dilakukan oleh mana-mana orang itu atas sifatnya sebagai wakil hendaklah disifatkan, bagi maksud pembentukan kontrak, sebagai pernyataan yang dibuat atau perbuatan yang dilakukan oleh pengendali walaupun terdapat pelanggaran terhadap seksyen 28 atau mana-mana peruntukan lain dalam Akta ini oleh orang itu.

(3)

Subsection