Seksyen 1
Akta ini bolehlah dinamakan Akta The Titular Superior of the
Brothers of Saint Gabriel (Pemerbadanan) 1957.
Tafsiran
The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.
Akta the Titular Superior of the Brothers of Saint Gabriel (Pemerbadanan) 1957 (Disemak - 2023) is Malaysia Act, cited as Act 849 1957, currently marked in force and first recorded in 1957.
MALAYSIA
Akta 849
AKTA THE TITULAR SUPERIOR OF
THE BROTHERS OF SAINT
GABRIEL (PEMERBADANAN) 1957
(Disemak—2023)
Teks ini HANYALAH TERJEMAHAN oleh Jabatan Peguam Negara bagi The Titular Superior of the
Brothers of Saint Gabriel (Incorporation) Act 1957 [Act 849]. Melainkan jika dan sehingga ditetapkan sahih di bawah subseksyen 7(1) Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67 [Akta 32], teks ini bukan perundangan.
2
Disemak sehingga
…
…
…
1 Oktober 2023
Tarikh penyiaran dalam Warta bagi edisi semakan ini
…
…
16 Oktober 2023
Tarikh yang ditetapkan untuk mula berkuat kuasanya edisi semakan ini menurut perenggan 6(1)(xxiii)
Akta Penyemakan Undang-Undang 1968
[Akta 1]
…
…
…
17 Oktober 2023
______________
Pertama kali diperbuat dalam tahun 1957 sebagai
Ordinan No. 21 tahun 1957
3
Akta 849
Opening note
Akta ini bolehlah dinamakan Akta The Titular Superior of the
Brothers of Saint Gabriel (Pemerbadanan) 1957.
Tafsiran
Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—
“Perbadanan” ertinya The Titular Superior of the Brothers of Saint
Gabriel, Semenanjung Malaysia sebagaimana yang diperbadankan di bawah seksyen 3;
“pengganti dalam jawatan” termasuklah Brother Procurator of the
Congregation of the Brothers of Christian Instruction of Saint Gabriel di Semenanjung Malaysia apabila jawatan Titular Superior menjadi kosong kerana peletakan jawatan atau kematian pemegang jawatan
Titular Superior itu sehingga pengambilalihan formal jawatan oleh seorang pengganti.
6
Undang-Undang Malaysia
AKTA 849
Pemerbadanan The Titular Superior of the Brothers of Saint
Gabriel
Reverand Brother Vincent, Titular Superior of the
Congregation of the Brothers of Christian Instruction of Saint Gabriel di Semenanjung Malaysia, dan pengganti dalam jawatannya, hendaklah menjadi suatu pertubuhan perbadanan dengan nama
“The Titular Superior of the Brothers of Saint Gabriel, Peninsular
Malaysia” dan hendaklah kekal turun-temurun dan mempunyai meterai perbadanan.
Perbadanan boleh—
memperoleh, membeli, mengambil, memegang dan menikmati tiap-tiap perihalan harta alih dan harta tak alih atas apa-apa terma sebagaimana yang difikirkan patut oleh
Perbadanan; dan
menjual, memindahkan, menyerahhakkan, menukar, menyerahkan balik, memulangkan, menggadaijanjikan, mendemiskan, menyerahhakkan semula, memindahmilikkan atau selainnya melupuskan mana-mana harta alih atau harta tak alih yang terletak hak pada perbadanan atas apa-apa terma sebagaimana yang difikirkan patut oleh perbadanan.
Meterai perbadanan
Perbadanan hendaklah mempunyai suatu meterai perbadanan yang boleh dipecahkan, ditukar, diubah dan dibuat baharu sebagaimana yang difikirkan patut oleh Perbadanan.
The Titular Superior of the Brothers of Saint Gabriel 7
(Pemerbadanan)
Semua surat ikatan, dokumen dan surat cara lain yang menghendaki meterai Perbadanan dimeteraikan dengan meterai
Perbadanan di hadapan—
wakil Titular Superior atau Brother Procurator yang diberi kuasa dengan sewajarnya melalui satu surat kuasa wakil yang didepositkan menurut seksyen 4 Akta Surat Kuasa
Wakil 1949 [Akta 424].
Semua surat ikatan, dokumen dan surat cara lain yang telah dimeterai dengan sewajarnya di bawah subseksyen (2) hendaklah ditandatangani oleh Titular Superior, Brother Procurator atau wakil yang telah diberi kuasa, mengikut mana-mana yang berkenaan.
Penandatanganan surat ikatan, dokumen atau surat cara lain itu hendaklah menjadi keterangan yang mencukupi mengenai pemeteraian yang sewajarnya surat ikatan, dokumen atau surat cara lain itu dan meterai itu ialah meterai yang sah bagi Perbadanan.
Pemberitahuan pelantikan Titular Superior
Suatu pemberitahuan dalam
Warta mengenai pelantikan mana-mana orang—
ke jawatan Titular Superior atau Brother Procurator of the
Congregation of the Brothers of Christian Instruction of
Saint Gabriel, Semenanjung Malaysia; atau
untuk bertindak sebagai
Titular
Superior atau
Brother Procurator yang demikian, hendaklah menjadi keterangan muktamad bahawa orang itu telah diberi kuasa dengan sewajarnya untuk menjalankan kuasa yang
8
Undang-Undang Malaysia
AKTA 849
diberikan kepada Titular Superior atau Brother Procurator, mengikut mana-mana yang berkenaan, di bawah Akta ini.
Perbadanan hendaklah mempunyai pejabat di Semenanjung
Malaysia
Perbadanan hendaklah mempunyai suatu pejabat di
Semenanjung Malaysia.
Alamat pejabat dan apa-apa perubahan alamat kemudiannya hendaklah diberitahu kepada
Setiausaha
Menteri yang bertanggungjawab bagi kebajikan masyarakat, dan butir-butir alamat hendaklah disiarkan dalam Warta.
9
Akta 849
(Disemak — 2023)
Butir-butir di bawah perenggan 7(ii) dan (iii)
Akta Penyemakan Undang-Undang 1968 [Akta 1]
SENARAI PINDAAN
Undang-undang yang meminda
Tajuk ringkas
Berkuat kuasa dari-TIADA-
SENARAI UNDANG-UNDANG ATAU BAHAGIANNYA YANG
DIGANTI
No.
Tajuk
No. 21 tahun 1957
Ordinan The Titular Superior of the Brothers of Saint Gabriel (Pemerbadanan), 1957
If one provision's text doesn't match the official source, use Suggest a fix beside that provision — it opens an editor next to the source document. For anything else — a missing amendment, a broken link, out-of-date content, or a removal request — report it here.