Seksyen 4
Meterai perbadanan
of Akta the Titular Superior of the Brothers of Saint Gabriel (Pemerbadanan) 1957 (Disemak - 2023)
Perbadanan hendaklah mempunyai suatu meterai perbadanan yang boleh dipecahkan, ditukar, diubah dan dibuat baharu sebagaimana yang difikirkan patut oleh Perbadanan.
The Titular Superior of the Brothers of Saint Gabriel 7
(Pemerbadanan)
(2)
Semua surat ikatan, dokumen dan surat cara lain yang menghendaki meterai Perbadanan dimeteraikan dengan meterai
Perbadanan di hadapan—
(a)
Titular Superior;
(b)
apabila jawatan
Titular
Superior kosong,
Brother Procurator; atau
(c)
wakil Titular Superior atau Brother Procurator yang diberi kuasa dengan sewajarnya melalui satu surat kuasa wakil yang didepositkan menurut seksyen 4 Akta Surat Kuasa
Wakil 1949 [Akta 424].
(3)
Semua surat ikatan, dokumen dan surat cara lain yang telah dimeterai dengan sewajarnya di bawah subseksyen (2) hendaklah ditandatangani oleh Titular Superior, Brother Procurator atau wakil yang telah diberi kuasa, mengikut mana-mana yang berkenaan.
(4)
Penandatanganan surat ikatan, dokumen atau surat cara lain itu hendaklah menjadi keterangan yang mencukupi mengenai pemeteraian yang sewajarnya surat ikatan, dokumen atau surat cara lain itu dan meterai itu ialah meterai yang sah bagi Perbadanan.
Pemberitahuan pelantikan Titular Superior