Skip to content

Seksyen 3

Gabriel

of Akta the Titular Superior of the Brothers of Saint Gabriel (Pemerbadanan) 1957 (Disemak - 2023)

ActIn forceProvision 3 of 6
Seksyen 3
(1)

Reverand Brother Vincent, Titular Superior of the

Congregation of the Brothers of Christian Instruction of Saint Gabriel di Semenanjung Malaysia, dan pengganti dalam jawatannya, hendaklah menjadi suatu pertubuhan perbadanan dengan nama

“The Titular Superior of the Brothers of Saint Gabriel, Peninsular

Malaysia” dan hendaklah kekal turun-temurun dan mempunyai meterai perbadanan.

(2)

Perbadanan boleh membawa guaman dan dibawa guaman terhadapnya atas namanya.

(3)

Perbadanan boleh—

(a)

membuat kontrak;

(b)

memperoleh, membeli, mengambil, memegang dan menikmati tiap-tiap perihalan harta alih dan harta tak alih atas apa-apa terma sebagaimana yang difikirkan patut oleh

Perbadanan; dan

(c)

menjual, memindahkan, menyerahhakkan, menukar, menyerahkan balik, memulangkan, menggadaijanjikan, mendemiskan, menyerahhakkan semula, memindahmilikkan atau selainnya melupuskan mana-mana harta alih atau harta tak alih yang terletak hak pada perbadanan atas apa-apa terma sebagaimana yang difikirkan patut oleh perbadanan.