Town Planners Act 1995 · Updated to 1 Mar 2011 · Bahagian V · Celaan, Penggantungan, Pembatalan, Penyingkiran dan Kemasukan Semula
38. Kemasukan semula ke dalam Daftar
Feedback & support(1)
Seseorang yang namanya telah disingkirkan dari Daftar menurut kuasa suatu perintah Jawatankuasa Tatatertib hendaklah dengan seberapa segera yang praktik dimasukkan semula ke dalam
Daftar jika rayuannya dibenarkan.
(2)
Seseorang yang namanya telah disingkirkan dari Daftar kerana tidak membaharui pendaftarannya hendaklah dengan seberapa segera yang praktik dimasukkan semula ke dalam Daftar―
(a)
selepas dia memberitahu Pendaftar akan hasratnya untuk dimasukkan semula dalam masa lima tahun dari penyingkiran itu; dan
(b)
setelah fi yang ditetapkan dibayar.