Town Planners Act 1995 · Updated to 1 Mar 2011 · Bahagian II · Lembaga Perancang Bandar
3. Penubuhan Lembaga
Feedback & supportMaka hendaklah ditubuhkan suatu lembaga yang Penubuhan hendaklah dikenali sebagai “Lembaga Perancang Bandar” yang hendaklah menjadi suatu pertubuhan perbadanan yang kekal turun temurun dan mempunyai suatu meterai perbadanan.
Lembaga boleh mendakwa dan didakwa atas nama perbadanannya.
Tertakluk kepada dan bagi maksud Akta ini, Lembaga boleh―
mengikat kontrak; dan 10 Undang-Undang Malaysia AKTA 538
memperoleh, membeli, mengambil, memegang dan menikmati segala perihal harta alih dan tak alih.
Lembaga boleh memindahhakkan, menyerahhakkan, menyerahkan dan memulangkan, menggadai, menggadaijanji, mendemiskan, menyerahhakkan semula, memindahmilikkan atau selainnya melupuskan, atau memperlakukan, harta alih atau tak alih yang terletak hak pada Lembaga―
mengikut apa-apa terma yang difikirkan patut oleh
Lembaga; dan
tertakluk kepada mana-mana undang-undang bertulis yang menyentuh perkara yang sama.