Town Planners Act 1995 · Updated to 1 Mar 2011 · Bahagian VIII
49. Perbuatan atau peninggalan yang dilakukan dengan suci hati
Feedback & supportTiada tindakan atau guaman boleh dimulakan atau diteruskan dalam mana-mana mahkamah terhadap―
(a)
Lembaga;
(b)
seseorang anggota Lembaga;
(c)
sesuatu jawatankuasa;
(d)
seseorang anggota sesuatu jawatankuasa; atau
(e)
seseorang yang diberi kuasa untuk bertindak bagi atau bagi pihak Lembaga atau sesuatu jawatankuasa, bagi apa-apa perbuatan atau peninggalan yang dilakukan dengan suci hati pada menjalankan kuasa dan tugasnya di bawah Akta ini.