Town Planners Act 1995 · Updated to 1 Mar 2011 · Bahagian II · Lembaga Perancang Bandar
8. Fungsi Lembaga
Feedback & supportFungsi Lembaga ialah―
menyimpan dan menyenggara Daftar;
meluluskan atau menolak permohonan pendaftaran di bawah Akta ini;
menetapkan skala fi yang akan dicajkan oleh Perancang
Bandar berdaftar bagi nasihat profesional dan khidmat profesional yang diberikannya;
menentukan etika profesion;
mengawal selia tatakelakuan profesion;
14 Undang-Undang Malaysia AKTA 538
mendengar dan memutuskan sendiri atau melantik suatu jawatankuasa atau penimbang tara untuk mendengar dan memutuskan pertikaian berhubungan dengan―
tatakelakuan profesional; dan
etika profesional,
Perancang Bandar berdaftar dan Perancang Bandar
Siswazah berdaftar;
mewakili profesion dalam apa-apa perkara yang perlu atau suai manfaat;
memeriksa, membuat laporan dan syor mengenai perundangan semasa dan apa-apa perkara lain yang menyentuh profesion kepada―
kerajaan;
pihak berkuasa awam; atau
institut, badan atau pertubuhan yang pada masa ini mewakili profesion;
melantik suatu panel, jika diperlukan sedemikian, untuk menjalankan peperiksaan bagi penerimaan masuk ke profesion itu, yang terdiri daripada―
seorang anggota Lembaga; dan
Perancang Bandar yang ditentukan oleh Lembaga;
melantik seseorang untuk mewakilinya dalam sesuatu badan atau panel pemeriksa yang boleh dilantik oleh sesuatu institut, badan atau pertubuhan yang pada masa ini mewakili profesion;
Perancang Bandar 15
membuat syor kepada pihak berkuasa yang relevan berhubungan dengan apa-apa peperiksaan untuk kelayakan bagi penerimaan masuk ke profesion;
melantik anggota Lembaga untuk menganggotai sesuatu lembaga, jawatankuasa atau badan yang ditubuhkan bagi apa-apa maksud yang menyentuh profesion; dan
melantik anggota Lembaga untuk menganggotai lembaga badan profesional lain sebagaimana yang perlu.