Skip to content

Seksyen 104

Menyatakan dengan palsu cap dagangan sebagai berdaftar

of Akta Cap Dagangan 2019

ActIn forceProvision 104 of 161
Seksyen 104
(1)

Mana-mana orang yang—

(a)

menyatakan dengan palsu bahawa suatu cap dagangan ialah cap dagangan berdaftar; atau

(b)

membuat representasi palsu mengenai barang-barang atau perkhidmatan yang cap dagangan itu berdaftar, mengetahui atau mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa

Cap Dagangan 107

representasi itu palsu melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit.

(2)

Bagi maksud seksyen ini, penggunaan dalam penjalanan perdagangan di dalam Malaysia berhubung dengan suatu cap dagangan bagi perkataan “berdaftar” atau apa-apa perkataan atau simbol lain yang membawa sebutan secara nyata atau tersirat mengenai pendaftaran, hendaklah disifatkan sebagai representasi mengenai pendaftaran di bawah Akta ini melainkan jika ditunjukkan bahawa sebutan itu adalah untuk pendaftaran di tempat lain selain di dalam Malaysia dan bahawa cap dagangan itu sebenarnya telah didaftarkan bagi barang-barang atau perkhidmatan yang dipersoal.

Kesalahan yang berhubungan dengan ketidakpatuhan terhadap saman atau keengganan untuk memberikan keterangan