Skip to content
In forceUpdated to 18 Mar 2022Read it in English

Bahagian XV · Kesalahan

103. Catatan palsu kepada Pejabat Cap Dagangan atau dalam Daftar

Feedback & support

Mana-mana orang yang—

(a)

membuat atau menyebabkan dibuat suatu catatan palsu kepada Pejabat Cap Dagangan atau dalam Daftar;

(b)

membuat atau menyebabkan dibuat suatu catatan palsu dalam mana-mana salinan yang diperaku yang disimpan di Pejabat Cap Dagangan;

(c)

membuat atau menyebabkan dibuat apa-apa benda palsu yang berupa sebagai suatu salinan catatan dalam

Daftar atau untuk difailkan dengan Pejabat Cap

Dagangan; atau

(d)

mengemukakan atau memberikan atau menyebabkan dikemukakan atau diberikan sebagai keterangan apa-apa benda yang disebut dalam perenggan (c), mengetahui atau mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa catatan atau benda itu palsu, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.

Report

Bahagian XVI

Penyiasatan dan Penguatkuasaan

Bahagian XVII

Prosiding Undang-Undang di Mahkamah, Kos dan Keterangan

Bahagian XVIII

Pelbagai dan Am

Bahagian XIX

Peruntukan Pemansuhan, Kecualian dan Peralihan

Schedules