Skip to content

Seksyen 126

Senarai barang-barang, dsb., yang disita

of Akta Cap Dagangan 2019

ActIn forceProvision 126 of 161
Seksyen 126
(1)

Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dalam subseksyen (2), jika apa-apa barang-barang, dokumen, bahan, artikel atau benda disita di bawah Bahagian ini, Penolong Pengawal yang melakukan penyitaan itu hendaklah dengan secepat yang dapat dilaksanakan menyediakan senarai benda yang disita itu dan dengan segera menyerahkan suatu salinan senarai itu yang ditandatangani olehnya kepada penghuni premis yang digeledah itu, atau kepada ejen atau pekhidmatnya, di premis itu.

(2)

Jika premis itu tidak berpenghuni, Penolong Pengawal yang melakukan penyitaan itu hendaklah di mana-mana mungkin menampalkan senarai benda yang disita itu di tempat yang mudah dilihat di premis itu.