Skip to content

Seksyen 128

Pelepasan barang-barang, dsb., yang disita

of Akta Cap Dagangan 2019

ActIn forceProvision 128 of 161
Seksyen 128
(1)

Jika apa-apa barang-barang, dokumen, bahan, artikel atau benda telah disita di bawah Akta ini, Penolong Pengawal yang melakukan penyitaan itu boleh melepaskan barang-barang, dokumen, bahan, artikel atau benda itu kepada orang yang ditentukan olehnya sebagai berhak secara sah kepadanya, jika dia berpuas hati bahawa barang-barang, dokumen, bahan, artikel atau benda itu tidak dikehendaki selainnya bagi maksud apa-apa prosiding di bawah Akta ini, atau bagi maksud apa-apa pendakwaan di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang lain, dan sekiranya sedemikian Penolong Pengawal yang melakukan penyitaan itu,

Kerajaan Persekutuan, Pengawal atau mana-mana orang yang bertindak bagi pihak Kerajaan Persekutuan atau Pengawal tidak boleh dikenakan apa-apa prosiding oleh mana-mana orang jika penyitaan dan pelepasan barang-barang, dokumen, bahan, artikel atau benda itu telah dibuat dengan suci hati.

(2)

Suatu rekod secara bertulis hendaklah dibuat oleh Penolong

Pengawal yang melakukan pelepasan itu bagi apa-apa perkara di bawah subseksyen (1) dengan menyatakan secara terperinci hal keadaan, dan sebab bagi, pelepasan itu, dan dia hendaklah menghantar suatu salinan rekod itu kepada Pendakwa Raya dalam masa tujuh hari selepas pelepasannya itu.

Cap Dagangan 125