Skip to content

Seksyen 21

Siri cap dagangan

of Akta Cap Dagangan 2019

ActIn forceProvision 21 of 161
Seksyen 21
(1)

Seseorang boleh membuat permohonan tunggal di bawah subseksyen 17(2) bagi pendaftaran beberapa cap dagangan jika cap dagangan itu—

(a)

menyerupai satu sama lain dalam butir-butir material; dan

(b)

hanya berbeza berkenaan dengan satu atau lebih perkara yang berikut:

(i)

pernyataan atau gambaran tentang barang-barang atau perkhidmatan berhubung dengan cap dagangan itu digunakan atau diniatkan untuk digunakan;

(ii)

pernyataan atau gambaran tentang bilangan, harga atau kualiti;

(iii)

fon standard yang tidak menyentuh secara substansial identiti cap dagangan itu; atau

(iv)

warna pada mana-mana bahagian cap dagangan itu.

(2)

Jika permohonan itu memenuhi semua kehendak di bawah subseksyen (1), Pendaftar hendaklah mendaftarkan cap dagangan itu sebagai suatu siri dalam satu pendaftaran.

(3)

Cap dagangan yang telah didaftarkan sebagai sebahagian daripada siri cap dagangan boleh digunakan secara berasingan.