Skip to content
In forceUpdated to 18 Mar 2022Read it in English

Bab 3

24. Alasan relatif bagi penolakan pendaftaran

Feedback & support
(1)

Pendaftar hendaklah menolak untuk mendaftarkan suatu cap dagangan jika cap dagangan itu serupa dengan cap dagangan terdahulu dan barang-barang atau perkhidmatan yang baginya cap dagangan itu dipakai adalah serupa dengan barang-barang atau perkhidmatan bagi cap dagangan terdahulu.

(2)

Pendaftar hendaklah menolak untuk mendaftarkan suatu cap dagangan jika wujud keberangkalian kekeliruan kepada orang awam—

(a)

jika cap dagangan itu serupa dengan cap dagangan terdahulu dan hendak didaftarkan bagi barang-barang atau perkhidmatan yang hampir serupa dengan cap dagangan terdahulu itu; atau

(b)

jika cap dagangan itu hampir serupa dengan suatu cap dagangan terdahulu dan hendak didaftarkan bagi barang-barang atau perkhidmatan yang serupa atau hampir serupa dengan cap dagangan terdahulu itu.

(3)

Pendaftar hendaklah menolak untuk mendaftarkan suatu cap dagangan jika—

(a)

cap dagangan itu serupa atau hampir serupa dengan suatu cap dagangan terkenal yang tidak didaftarkan di Malaysia dan ia hendak didaftarkan bagi barang-barang atau perkhidmatan yang serupa kepunyaan tuan punya cap dagangan terkenal itu; atau

(b)

cap dagangan itu serupa atau hampir serupa dengan suatu cap dagangan terkenal yang didaftarkan di

Malaysia dan ia hendak didaftarkan bagi barang-barang atau perkhidmatan yang tidak serupa atau tidak hampir serupa dengan cap dagangan yang berkenaan dengan cap dagangan terkenal itu didaftarkan dan—

(i)

penggunaan cap dagangan itu berhubung dengan barang-barang atau perkhidmatan itu akan menunjukkan suatu hubungan antara barang-barang

34

Undang-Undang Malaysia atau perkhidmatan itu dengan tuan punya cap dagangan terkenal itu;

(ii)

wujud kebarangkalian kekeliruan kepada orang awam kerana penggunaan sedemikian; dan

(iii)

kepentingan tuan punya cap dagangan terkenal itu berkemungkinan terjejas akibat penggunaan sedemikian.

(4)

Tertakluk pada subseksyen (6), Pendaftar hendaklah menolak untuk mendaftarkan suatu cap dagangan jika, atau setakat yang, penggunaannya di Malaysia dihalang—

(a)

menurut mana-mana rukun undang-undang yang melindungi cap dagangan tidak berdaftar atau tanda lain yang digunakan dalam penjalanan perdagangan termasuk di bawah undang-undang bagi kelirupaan;

atau

(b)

menurut hak terdahulu selain yang disebut dalam perenggan (a) atau dalam subseksyen (1) hingga (3)

termasuk di bawah undang-undang hak cipta atau reka bentuk perindustrian.

(5)

Seseorang berhak untuk menghalang penggunaan suatu cap dagangan yang disebut dalam Akta ini sebagai tuan punya “hak terdahulu”

berhubung dengan cap dagangan dalam subseksyen (4).

(6)

Pendaftar boleh menolak untuk mendaftarkan suatu cap dagangan atas apa-apa alasan di bawah subseksyen (4) jika alasan itu dibangkitkan dalam prosiding bangkangan terhadap pendaftaran di bawah seksyen 35 oleh tuan punya hak terdahulu.

(7)

Walau apa pun alasan relatif bagi penolakan pendaftaran di bawah subseksyen (1), (2), (3) dan (4), Pendaftar boleh mendaftarkan suatu cap dagangan jika tuan punya cap dagangan terdahulu itu atau hak terdahulu yang lain bersetuju dengan pendaftaran itu mengikut cara yang ditetapkan dan hendaklah mengambil kira kepentingan orang awam dan kebarangkalian kekeliruan kepada orang awam.

(8)

Bagi maksud seksyen ini, jika pendaftaran cap dagangan terdahulu habis tempoh, Pendaftar, dalam menentukan kebolehdaftaran

Cap Dagangan 35

suatu cap dagangan hendaklah terus mengambil kira cap dagangan terdahulu bagi tempoh dua belas bulan selepas habis tempohnya.

Penggunaan bersama yang jujur, dsb.

Report

Bab 4

Bab 5

Bab 6

Bab 7

Bab 8

Bahagian V

Pembahagian dan Penggabungan

Bahagian VI

Tempoh dan Pembaharuan Cap Dagangan Berdaftar

Bahagian VII

Pengubahan, Pembetulan, Pemotongan, Pembatalan dan Ketidaksahan

Bahagian VIII

Kesan Cap Dagangan Berdaftar

Bahagian IX

Cap Dagangan Sebagai Objek Harta

Bahagian X

Pelesenan

Bahagian XI

Cap Kolektif dan Cap Perakuan

Bahagian XII

Perkara Antarabangsa

Bahagian XIII

Langkah-Langkah Sempadan

Bahagian XIV

Ejen Cap Dagangan

Bahagian XV

Kesalahan

Bahagian XVI

Penyiasatan dan Penguatkuasaan

Bahagian XVII

Prosiding Undang-Undang di Mahkamah, Kos dan Keterangan

Bahagian XVIII

Pelbagai dan Am

Bahagian XIX

Peruntukan Pemansuhan, Kecualian dan Peralihan

Schedules