Skip to content
ActIn force

Akta Syarikat Amanah 1949

The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.

Enacted
1949
Sections
38
Languages
EN · MS

Akta Syarikat Amanah 1949 is Malaysia Act, cited as Act 100 1949, currently marked in force and first recorded in 1949.

Front matterCover and publication detailsOpen

MALAYSIA

CETAKAN SEMULA

Akta 100

Mengandungi segala pindaan hingga 1 Januari 2006 2006

Teks ini HANYA TERJEMAHAN oleh Jabatan Peguam Negara bagi Trust Companies Act 1949.

Melainkan jika dan sehingga ditetapkan sahih di bawah subseksyen 7(1) Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67 [Akta 32], teks ini bukan perundangan.

2

Undang-Undang Malaysia

Pertama kali diperbuat …

…

…

…

1949 (Ordinan No. 33

tahun 1949)

Disemak …

…

…

…

…

…

…

1973 (Akta 100 m.b.p.

15 Mac 1973)

CETAKAN SEMULA YANG TERDAHULU

Cetakan Semula Yang Pertama … … … … 1994

Cetakan Semula Yang Kedua

… … … … 2000

Syarikat Amanah 3

Akta 100

Opening note

Preamble

  1. Suatu Akta untuk mengadakan peruntukan bagi pendaftaran dan pengawalseliaan syarikat amanah di Malaysia. [Semenanjung Malaysia—28 September 1949, Ord. 33 tahun 1949; Sabah, Sarawak—1 Januari 1973; P.U. (A) 273/1972] PERMULAAN Tajuk ringkas

Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—

“Mahkamah” ertinya—

(a)

Mahkamah Tinggi atau mana-mana Hakim Mahkamah

Tinggi dalam segala hal jika prosiding diambil di

Mahkamah Tinggi; dan

(b)

suatu Mahkamah Sesyen dalam segala hal jika prosiding diambil dalam suatu Mahkamah itu;

“Pendaftar” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam

Akta Syarikat 1965 [Akta 125];

“syarikat amanah” ertinya suatu syarikat yang didaftarkan sebagai suatu syarikat amanah di bawah Akta ini.

8

Undang-Undang Malaysia

PENDAFTARAN SYARIKAT AMANAH

Permohonan oleh syarikat untuk didaftarkan sebagai suatu syarikat amanah

Mana-mana syarikat awam yang diperbadankan di Malaysia boleh memohon kepada Pendaftar untuk didaftarkan sebagai suatu syarikat amanah:

Dengan syarat bahawa—

(a)

tujuan syarikat itu terhad kepada beberapa atau semua tujuan yang dinyatakan dalam seksyen 8;

(b)

modal dibenarkan bagi syarikat itu tidak kurang daripada lima ratus ribu ringgit yang dibahagikan kepada syer tidak kurang sepuluh ringgit setiap satu;

(c)

sekurang-kurangnya setengah daripada amaun setiap syer yang diterbitkan oleh syarikat itu masih tidak dibayar dan tidak kena dipanggil, kecuali sekiranya berlaku dan bagi maksud penggulungan atau pembubaran syarikat itu;

(d)

lembaga pengarah telah dilantik dengan sewajarnya mengikut artikel persatuan syarikat itu;

(e)

sekurang-kurangnya seratus lima puluh ribu ringgit daripada modal dibenarkan telah dibayar secara bona fide;

(f)

syarikat itu telah mendepositkan sekuriti yang hendaklah diluluskan oleh Menteri Kewangan bernilai seratus ribu ringgit dengan Akauntan Negara; dan

(g)

syarikat itu boleh menunaikan obligasinya, selain liabilitinya kepada pemegang syernya, tanpa mengambil kira sekuriti yang didepositkan sedemikian dengan

Akauntan Negara.

Pengeluaran perakuan

(1)

Apabila menerima suatu permohonan di bawah seksyen 3,

Pendaftar hendaklah membuat apa-apa siasatan sebagaimana yang difikirkannya perlu, dan jika Pendaftar berpuas hati bahawa semua kehendak seksyen 3 telah dipatuhi, hendaklah mendaftarkan syarikat yang memohon untuk pendaftaran dalam daftar yang ditetapkan oleh seksyen 6 dan mengeluarkan suatu perakuan bahawa ia didaftarkan sebagai suatu syarikat amanah kepada syarikat itu, dan

Syarikat Amanah 9

sesudah itu syarikat itu hendaklah terletak hak dengan segala kuasa, keistimewaan dan kekebalan yang diberikan, dan hendaklah tertakluk kepada segala liabiliti yang dikenakan, oleh Akta ini.

(2)

Notis mengenai pengeluaran perakuan itu hendaklah disiarkan oleh Pendaftar dalam Warta selama empat minggu berturut-turut selepas sahaja perakuan itu dikeluarkan.

(3)

Jika Pendaftar tidak berpuas hati bahawa segala kehendak seksyen 3 telah dipatuhi dia hendaklah enggan mendaftarkan syarikat itu sebagai suatu syarikat amanah:

Dengan syarat bahawa syarikat itu boleh merayu terhadap penolakan itu kepada Menteri, yang keputusannya adalah muktamad.

Pendaftaran syarikat yang diperbadankan di Singapura sebagai suatu syarikat amanah

(1)

Mana-mana syarikat awam yang diperbadankan di Singapura dan didaftarkan di Malaysia di bawah Penggal 2 Bahagian XI Akta

Syarikat 1965, yang mendapat suatu akuan daripada Pendaftar bahawa dia berpuas hati—

(a)

bahawa syarikat awam itu didaftarkan sebagai suatu syarikat amanah di Singapura di bawah mana-mana undang-undang yang sedang berkuat kuasa di Singapura yang berhubungan dengan pendaftaran syarikat amanah; dan

(b)

bahawa, mengikut undang-undang itu, syarikat awam itu telah mendepositkan sekuriti bernilai sekurang-kurangnya seratus ribu ringgit, dengan Akauntan Negara, Singapura, berhak untuk memohon kepada Pendaftar dan mendapatkan pendaftaran sebagai suatu syarikat amanah di Malaysia mengikut seksyen 4 dan boleh sesudah itu menjalankan urusan syarikat amanah di Malaysia mengikut Akta ini selagi ia masih didaftarkan sebagai suatu syarikat amanah di Singapura dan menyenggarakan suatu deposit seperti yang disebut terdahulu:

Dengan syarat bahawa jika Pendaftar berpendapat bahawa, oleh sebab amaun liabiliti kasar mana-mana syarikat sedemikian di

Malaysia, sekuriti tambahan patut diberikan oleh syarikat itu, dia boleh memerintahkan supaya syarikat itu membuat suatu deposit dengan Akauntan Negara mengikut cara dan tertakluk kepada rayuan yang diperuntukkan oleh subseksyen 7(2) dan, apabila deposit itu telah dibuat, deposit itu hendaklah tertakluk kepada segala peruntukan

Akta ini yang berhubungan dengan deposit.

10

Undang-Undang Malaysia

(2)

Seksyen ini hendaklah berkuat kuasa hanya jika dan selagi peruntukan bersaling terkandung dalam undang-undang Singapura yang berhubungan dengan syarikat amanah.

Daftar syarikat amanah hendaklah disimpan

Suatu daftar hendaklah disimpan di pejabat Pendaftar yang dinamakan “Daftar Syarikat Amanah” yang dalamnya hendaklah dicatatkan nama semua syarikat amanah yang didaftarkan di bawah

Akta ini, bersama dengan apa-apa butir lain sebagaimana yang difikirkan perlu oleh Pendaftar.

DEPOSIT OLEH SYARIKAT AMANAH

Deposit hendaklah dipegang sebagai sekuriti

(1)

Dari masa suatu perakuan di bawah seksyen 4 dikeluarkan kepada mana-mana syarikat, sekuriti yang didepositkan oleh syarikat itu dengan Akauntan Negara di bawah seksyen 3 hendaklah dipegang oleh Akauntan Negara sebagai jaminan bagi pendeposit dan pemiutang syarikat itu dan bagi pelaksanaan yang sebenar-benarnya semua amanah yang boleh disetujui terima oleh atau dikenakan ke atas syarikat itu dan bagi obligasinya pada amnya.

(2)

Jika pada bila-bila masa, oleh sebab merosotnya nilai mana-mana sekuriti yang dipegang sedemikian oleh Akauntan Negara atau oleh sebab bertambahnya liabiliti kasar mana-mana syarikat amanah, Pendaftar berpendapat bahawa jaminan tambahan patut diberikan oleh suatu syarikat amanah, dia boleh memerintahkan supaya syarikat itu membuat, dalam tempoh yang dinyatakan dalam perintah itu, suatu deposit selanjutnya mengikut nilai yang ditentukan

Akauntan Negara:

Dengan syarat bahawa syarikat itu boleh merayu terhadap perintah itu kepada Menteri, yang keputusannya adalah muktamad.

(3)

Mana-mana syarikat amanah boleh, dari semasa ke semasa, dengan kelulusan Menteri Kewangan, menggantikan sekuriti lain bagi semua atau mana-mana sekuriti yang didepositkan olehnya dengan Akauntan Negara.

(4)

Bunga yang terakru yang genap masa atas sekuriti yang didepositkan hendaklah dibayar kepada syarikat itu.

Syarikat Amanah 11

TUJUAN SYARIKAT AMANAH

Tujuan

(1)

Tujuan sesuatu syarikat amanah boleh berupa mana-mana atau semua daripada, tetapi tidak boleh melebihi, seperti yang berikut:

(a)

menerima dan melaksanakan jawatan wasi, pentadbir, pemegang amanah, penerima, penerima dan pengurus, pemegang serah hak, pelikuidasi, penjaga harta seorang budak, jawatankuasa bagi estet orang bercelaru mental atau jawatan seumpama itu yang lain yang berjenis fidusiari;

(b)

bertindak sebagai wakil atau ejen bagi pemungutan, penerimaan dan pembayaran wang, dan bagi penggulungan estet atau harta pusaka, dan bagi penjualan atau pembelian apa-apa harta alih atau harta tak alih;

(c)

bertindak sebagai ejen bagi menguruskan dan mengawal harta alih dan harta tak alih untuk dan bagi pihak pemunya harta itu, atau untuk atau bagi pihak wasi, pentadbir atau pemegang amanah;

(d)

bertindak sebagai ejen pelaburan dan kewangan untuk dan bagi pihak wasi, pentadbir dan pemegang amanah atau mana-mana jua orang lain, dan menerima wang sebagai amanah bagi pelaburan dan membenarkan bunga atasnya sehingga dilaburkan; dan mengusahakan untuk dan bagi pihak wasi, pentadbir dan pemegang amanah atau mana-mana jua orang lain perundingan mengenai segala perihalan pinjaman dan memperoleh dan memberikan pinjaman wang atas cagaran apa-apa perihalan harta, tak alih atau alih, atau tanpa mengambil apa-apa sekuriti atas apa-apa terma sebagaimana yang diaturkan, dan memberikan pendahuluan dan meminjamkan wang untuk melindungi mana-mana estet atau harta pusaka, amanah atau harta yang diamanahkan kepada syarikat itu seperti yang disebut terdahulu dan mengenakan bunga atas pendahuluan itu:

Dengan syarat bahawa tiada apa-apa jua yang terkandung dalam subseksyen ini boleh dikira sama ada sebagai menyekat atau memperluaskan kuasa syarikat itu sebagai pemegang amanah atau ejen di bawah terma mana-mana amanah atau agensi yang boleh diberikan kepadanya;

(e)

mengambil apa-apa jenis sekuriti sebagaimana yang difikirkan suai manfaat bagi apa-apa wang yang terhutang kepada syarikat;

12

Undang-Undang Malaysia

(f)

menjadi penyimpan atas apa-apa terma sebagaimana yang dipersetujui apa-apa wang, sekuriti, barang kemas, plet atau harta berharga lain dan kertas, dokumen, surat ikatan, wasiat, debentur dan keterangan lain mengenai hakmiilk atau keterhutangan;

(g)

menerima dan menguruskan mana-mana dana terikat, kumpulan wang penebusan, kumpulan wang jaminan atau apa-apa kumpulan wang atau deposit khas lain dan bertindak sebagai ejen untuk menandatangani balas, mendaftarkan atau selainnya menentukan dan memperakui ketulenan apa-apa penerbitan syer, saham, bon, debentur atau sekuriti lain bagi wang mana-mana kerajaan, perbandaran atau pertubuhan perbadanan lain atau mana-mana persatuan, sama ada diperbadankan atau tidak, yang diberi kuasa dengan sewajarnya untuk menerbitkan dan membuat terbitan itu dan memegang apa-apa sekuriti itu sebagai ejen atau pemegang amanah, dan untuk bertindak secara am sebagai ejen bagi mana-mana kerajaan, perbandaran atau pertubuhan perbadanan atau persatuan itu;

(h)

memperoleh dan memegang harta tak alih bagi kegunaan dan penghunian sebenar syarikat itu atau mana-mana pegawai dan pekhidmatnya; dan mendirikan, membina, membesarkan, mengubah dan menyenggarakan mana-mana bangunan yang perlu atau sesuai bagi maksud tersebut;

dan menjual atau selainnya melupuskan mana-mana harta tak alih itu jika tidak dikehendaki bagi maksud tersebut;

(i)

memegang tanah yang, setelah digadaijanjikan atau digadaikan kepada syarikat, diperoleh olehnya untuk pelindungan pelaburannya; dan, dari semasa ke semasa, menjual, menggadaijanjikan, menggadaikan, memajakkan atau selainnya melupuskan tanah itu;

(j)

mendepositkan wang syarikat itu yang tidak dikehendaki dengan serta-merta dengan mana-mana bank dengan mendapat bunga sehingga wang itu boleh dilaburkan dengan lebih kekal, dan melaburkan wang syarikat itu mengikut seksyen 18;

(k)

meminjam wang, dan menjamin pembayaran balik wang yang dipinjam itu dengan bunga, mengikut seksyen 20;

(l)

menerima dan memungut apa-apa saraan bagi perkhidmatannya sebagaimana yang dipersetujui atau

Syarikat Amanah 13

sebagaimana yang ditetapkan atau yang dibenarkan dari semasa ke semasa oleh undang-undang, dan segala caj, kos dan perbelanjaan yang biasa dan lazim;

(m)

menyokong dan menyumbang kepada mana-mana tujuan khairat atau awam dan kepada mana-mana institusi, persatuan atau kelab yang mungkin berfaedah bagi syarikat itu atau pekerjanya atau yang mungkin ada kaitan dengan mana-mana bandar atau tempat syarikat itu menjalankan urusan; memberikan pencen, ganjaran atau bantuan khairat kepada mana-mana orang yang mungkin berkhidmat atau telah berkhidmat dengan syarikat itu atau kepada isteri, anak atau saudara-mara lain orang itu; membuat pembayaran terhadap insurans dan menubuhkan dan mencarum kepada kumpulan wang simpanan dan faedah untuk faedah mana-mana orang yang diambil kerja oleh syarikat itu:

Dengan syarat bahawa tiada apa-apa sumbangan, alang, pembayaran atau caruman itu boleh diberikan atau dibuat, kecuali daripada keuntungan syarikat itu yang boleh digunakan untuk pembahagian sebagai dividen;

(n)

menjalankan di Singapura dan Brunei atau di salah satunya, tetapi tidak di tempat lain kecuali setakat yang mungkin bersampingan dengan dan perlu untuk pelaksanaan yang sepatutnya kewajipan mana-mana jawatan yang dipegang oleh syarikat itu di Malaysia, Singapura, atau Brunei, apa-apa urusan atau memegang apa-apa jawatan yang suatu syarikat amanah diberi kuasa oleh Akta ini untuk menjalankan atau memegangnya di Malaysia;

(o)

memperoleh dan mengusahakan keseluruhan atau mana-mana bahagian urusan mana-mana bahagian urusan mana-mana orang atau syarikat yang sama jenis dengan apa-apa urusan yang suatu syarikat amanah diberi kuasa untuk menjalankannya, dan sebagai balasan bagi pemerolehan itu mengusahakan segala atau mana-mana liabiliti orang atau syarikat itu dan menerbitkan syer kepada orang atau syarikat itu; dan

(p)

melakukan segala perkara lain yang bersampingan dengan atau sesuai untuk mencapai tujuan yang disebut terdahulu atau mana-mana daripadanya.

14

Undang-Undang Malaysia

(2)

Tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh ditafsirkan sebagai memberi kuasa kepada mana-mana syarikat amanah untuk terlibat dalam urusan bank, atau urusan insurans, atau urusan suatu persatuan deposit, simpanan atau feadah.

(3)

Tiada syarikat amanah boleh menjalankan apa-apa urusan atau melaksanakan apa-apa tugas selain urusan atau tugas yang termasuk dalam tujuan yang dinyatakan dalam subseksyen (1).

PROBET DAN PENTADBIRAN

Syarikat boleh bertindak sebagai wasi

Jika pada bila-bila masa suatu syarikat amanah dilantik menjadi wasi bagi wasiat mana-mana pewasiat, sah bagi syarikat itu untuk memohon kepada Mahkamah untuk mendapatkan probet bagi wasiat itu dan, jika probet diberikan, untuk menjalankan dan menunaikan segala kuasa dan kewajipan seorang wasi.

Syarikat boleh diberi kuasa untuk memohon bagi mendapatkan probet atau pentadbiran

(2)

Jika dan bilamana mana-mana orang berhak untuk memohon bagi mendapatkan surat kuasa pentadbiran harta pusaka mana-mana pewasiat dengan wasiat pewasiat itu terlampir, sah bagi orang itu, sama ada tidak ada di Malaysia atau ada, dan walau apa pun mana-mana undang-undang bertulis lain, memberi kuasa kepada suatu syarikat amanah, sama ada bersendirian atau bersesama dengan

Syarikat Amanah 15

mana-mana orang lain, untuk memohon kepada Mahkamah bagi mendapatkan pemberian surat kuasa pentadbiran harta pusaka pewasiat itu dengan wasiat terlampir, dan suatu pemberian boleh dibuat kepada syarikat itu atas permohonannya sendiri, apabila diberi kuasa sedemikian, tetapi seksyen ini tidak terpakai bagi sesuatu hal yang dalamnya sesuatu wasiat memperuntukkan bahawa syarikat itu tidak boleh bertindak sebagai wasi, atau mengenai amanah wasiat itu.

(3)

Sah bagi mana-mana orang yang berhak untuk memohon bagi mendapatkan surat kuasa pentadbiran harta pusaka mana-mana si mati tidak berwasiat sama ada orang itu tidak ada di

Malaysia atau ada, dan walau apa pun mana-mana undang-undang bertulis lain, memberi kuasa kepada suatu syarikat amanah untuk memohon kepada Mahkamah bagi mendapatkan surat kuasa pentadbiran itu, sama ada bersendirian atau bersesama dengan mana-mana orang lain, dan pentadbiran harta pusaka mana-mana si mati tidak berwasiat itu boleh diberikan kepada syarikat itu, sama ada bersendirian atau bersesama seperti yang disebut terdahulu, atas permohonannya sendiri, apabila diberi kuasa sedemikian.

(4)

Bagi maksud mana-mana permohonan kepada Mahkamah untuk mendapatkan surat kuasa pentadbiran harta pusaka mana-mana orang yang telah mati, Mahkamah hendaklah menganggap suatu syarikat amanah, apabila diberi kuasa seperti yang disebut terdahulu, sebagai berhak di sisi undang-undang sama seperti mana-mana orang lain atau golongan orang lain untuk memohon dan mendapatkan suatu pemberian, tetapi suatu syarikat amanah, yang berhak sedemikian, tidak boleh oleh sebab itu sahaja diutamakan daripada duda, balu, atau waris kadim bagi mana-mana si mati tidak berwasiat.

(5)

Tiada pemberian probet atau surat kuasa pentadbiran boleh diberikan kepada sindik atau penama bagi pihak suatu syarikat amanah.

Tatacara mengenai petisyen, dll.

(l)

Dalam segala hal yang suatu syarikat amanah diberi kuasa di bawah Akta ini untuk memohon bagi mendapatkan probet atau surat kuasa pentadbiran, apa-apa petisyen, akuan, akaun atau afidavit atau dokumen perlu lain boleh dibuat atau diambil atas sumpah oleh mana-mana pegawai syarikat itu yang diberi kuasa dengan sewajarnya oleh syarikat itu bagi maksud itu.

16

Undang-Undang Malaysia

(2)

Mana-mana pegawai syarikat yang dilantik oleh syarikat bagi maksud itu boleh, bagi pihak syarikat, menandatangani apa-apa petisyen, akaun atau pernyataan, mengangkat apa-apa sumpah, mengangkat sumpah apa-apa affidavit, membuat apa-apa akuan, menentusahkan apa-apa perbuatan, menghadirkan diri di mana-mana Mahkamah atau tempat, dan melakukan apa-apa jua perbuatan atau perkara, yang mungkin dikehendaki untuk ditandatangani, diambil, diambil atas sumpah, dibuat, ditentusahkan, diberikan, atau dilakukan bagi pihak syarikat itu:

Dengan syarat sentiasa bahawa tiada apa-apa jua yang terkandung dalam Akta ini boleh memberi mana-mana orang, yang selainnya tidak berhak kepadanya, apa-apa hak untuk hadir atau didengar di hadapan atau dalam mana-mana Mahkamah bagi pihak syarikat atau melakukan apa-apa jua perbuatan bagi pihak syarikat yang boleh selainnya dilakukan dengan sah hanya oleh seorang peguam bela.

PERAMANAHAN

Pelantikan syarikat sebagai pemegang amanah

Dalam segala hal yang Mahkamah atau mana-mana orang mempunyai kuasa untuk melantik seorang pemegang amanah, sama ada sebagai pemegang amanah asal atau baru atau tambahan, untuk melaksanakan apa-apa amanah atau kewajipan di sisi undang-undang, suatu syarikat amanah boleh dilantik mengikut cara yang sama seolah-olah syarikat itu ialah individu persendirian:

Dengan syarat bahawa tiada syarikat amanah boleh dilantik dalam apa-apa hal yang surat cara yang mewujudkan amanah itu, atau kuasa yang membenarkan pelantikan itu, menegah pelantikan suatu syarikat.

Penyewaan bersama

Suatu syarikat amanah, yang bertindak atas sifat fidusiari, hendaklah berkeupayaan memperoleh dan memegang apa-apa harta secara penyewaan bersama mengikut cara yang sama seolah-olah syarikat itu ialah individu persendirian.

Syarikat Amanah 17

AGENSI

Syarikat boleh bertindak sebagai ejen

Sah bagi suatu syarikat amanah untuk bertindak di bawah apa-apa surat ikatan atau surat cara yang dengannya syarikat itu dilantik menjadi ejen atau wakil bagi mana-mana orang, dan segala kuasa yang diberikan kepada syarikat itu oleh apa-apa surat ikatan atau surat cara itu boleh dijalankan oleh mana-mana pegawai syarikat itu yang dilantik oleh syarikat itu bagi maksud itu:

Dengan syarat bahawa tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh disifatkan sebagai memberi kuasa kepada mana-mana orang untuk memberikan suatu syarikat amanah apa-apa kuasa yang mungkin secara tidak sah diwakilkan olehnya.

PENGECUALIAN DARIPADA MEMBERIKAN JAMINAN

Syarikat amanah tidak dikehendaki memberikan jaminan

(2)

Walau apa pun mana-mana undang-undang bertulis yang sedang berkuat kuasa, suatu syarikat amanah yang dilantik oleh

Mahkamah untuk melaksanakan kewajipan penerima, penjaga, jawatankuasa, atau apa-apa jawatan atau amanah lain tidaklah dikehendaki memberikan jaminan untuk pelaksanaan yang sewajarnya kewajipan itu.

PELABURAN KUMPULAN WANG AMANAH

Kumpulan wang amanah hendaklah disimpan berasingan

Segala wang, harta dan sekuriti yang diterima atau dipegang oleh mana-mana syarikat amanah atas sifat fidusiari hendaklah sentiasa disimpan berbeza daripada wang, harta dan sekuriti syarikat itu, dan dalam akaun yang berasingan, dan hendaklah ditandakan sedemikian rupa dalam buku syarikat yang berhubungan dengan setiap amanah supaya sentiasa dibezakan daripada apa-apa yang

18

Undang-Undang Malaysia lain dalam daftar dan buku akaun lain yang disimpan oleh syarikat itu, supaya tiada mana-mana wang amanah boleh pada bila-bila masa menjadi sebahagian daripada atau bercampur dengan aset am syarikat itu, dan segala pelaburan yang dibuat oleh syarikat itu sebagai pemegang amanah hendaklah ditanda sedemikian rupa supaya amanah yang daripadanya pelaburan itu dibuat boleh dikenal pasti dengan mudah pada bila-bila masa.

Pelaburan kumpulan wang amanah

(1)

(a) Suatu syarikat amanah boleh melaburkan wang amanah yang ada dalam tangannya dalam atau atas apa-apa sekuriti yang pemegang amanah persendirian boleh mengikut undang-undang melaburkan wang amanah, dan boleh dari semasa ke semasa mengubah mana-mana pelaburan itu kepada yang lain daripada jenis yang sama:

Dengan syarat bahawa syarikat itu tidak boleh dalam apa-apa hal melaburkan wang mana-mana amanah dalam atau atas sekuriti yang dilarang oleh surat cara yang mewujudkan amanah itu, dan apabila apa-apa arahan khas diberikan dalam mana-mana perintah, penghakiman, dekri, atau wasiat, atau dalam mana-mana surat cara lain yang mewujudkan amanah itu, tentang kelas atau jenis tertentu sekuriti atau harta yang dalamnya atau atasnya mana-mana pelaburan hendak dibuat, syarikat itu hendaklah menurut arahan itu.

(b)

Syarikat itu boleh juga menurut budi bicaranya, menyimpan dan meneruskan apa-apa pelaburan dan sekuriti yang menjadi miliknya atas apa-apa sifat fidusiari.

(2)

Tiada syarikat amanah boleh secara langsung atau tidak langsung melaburkan apa-apa wang amanah melainkan mengikut subseksyen (1).

PELABURAN KUMPULAN WANG SYARIKAT

Pelaburan kumpulan wang syarikat

(1)

Suatu syarikat amanah boleh melaburkan wang yang menjadi sebahagian daripada modal atau rizab atau keuntungan terkumpulnya sendiri—

(a)

dalam atau atas mana-mana sekuriti yang dalamnya atau atasnya pemegang amanah persendirian boleh mengikut undang-undang melaburkan wang amanah; dan

(b)

dalam atau atas apa-apa sekuriti lain sebagaimana yang diluluskan oleh Menteri Kewangan dari semasa ke semasa.

Syarikat Amanah 19

(2)

Suatu syarikat amanah boleh memperoleh dan memegang harta tak alih untuk kegunaan dan penghunian sebenar syarikat itu sendiri atau mana-mana pegawai atau pekhidmatnya, dan boleh menjual dan melupuskan harta itu.

(3)

Suatu syarikat amanah boleh, untuk perlindungan pelaburannya, memperoleh tanah yang telah digadaijanjikan kepadanya, tetapi hendaklah menjual mana-mana tanah yang diperoleh sedemikian dalam tempoh tiga tahun selepas tanah itu diperoleh, melainkan jika tempoh itu dilanjutkan oleh Menteri Kewangan.

(4)

Tiada syarikat amanah boleh secara langsung atau tidak langsung melaburkan mana-mana daripada wangnya melainkan mengikut subseksyen (1), (2) dan (3):

Dengan syarat bahawa tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh disifatkan sebagai mencegah penerimaan oleh suatu syarikat amanah apa-apa jua sekuriti bagi menjamin pembayaran suatu hutang yang telah dilakukan dahulunya dengan suci hati; tetapi apa-apa sekuriti yang diperoleh sedemikian oleh syarikat itu yang syarikat itu adalah selainnya dilarang mengambil atau memegangnya hendaklah dijual atau dilupuskan dalam tempoh dua tahun dari masa sekuriti itu diperoleh atau dalam apa-apa tempoh lanjutan yang dibenarkan oleh Pendaftar.

Pinjaman kepada pegawai syarikat dilarang

Tiada pinjaman boleh diberikan oleh mana-mana syarikat amanah kepada mana-mana pengarah atau pegawai atau pekhidmat lain syarikat itu, atau kepada mana-mana syarikat atau firma yang mana-mana pengarah atau pegawai atau pekhidmat lain itu terlibat secara aktif dalam pengurusan syarikat atau firma itu.

KUASA MEMINJAM

Meminjam

(1)

Bagi maksud mencapai tujuan syarikat itu sebagaimana yang dinyatakan dalam seksyen 8 (atau mana-mana daripadanya yang telah diterima pakai oleh syarikat itu), dan tidak bagi maksud lain, suatu syarikat amanah boleh dari semasa ke semasa meminjam wang:

Dengan syarat bahawa agregat jumlah wang yang dipinjam itu tidak boleh pada bila-bila masa melebihi amaun modal syarikat itu yang pada masa ini telah dibayar.

20

Undang-Undang Malaysia

(2)

Wang yang dipinjam oleh suatu syarikat amanah tidak boleh dicagarkan dengan debentur atau selainnya, atas modal atau pengusahaan am syarikat itu, tetapi boleh dicagarkan atas apa-apa harta syarikat itu (bukan harta yang dipegang olehnya atas mana-mana amanah), selain sekuriti yang didepositkan olehnya dengan

Akauntan Negara di bawah Akta ini.

PENYATA TAHUNAN

Penyata tahunan

(1)

Setiap syarikat amanah hendaklah mengemukakan pada setiap tahun kepada Pendaftar, bersama dengan senarai anggota dan ringkasan yang dikehendaki oleh seksyen 165 Akta Syarikat 1965, atau, dalam hal suatu syarikat yang diperbadankan di Singapura, bersama dengan kunci kira-kira yang dikehendaki oleh seksyen 336 Akta itu, suatu penyata mengenai liabiliti syarikat itu kepada orang awam atas sifatnya sebagai pemegang amanah, dan mengenai pelaburan dan pegangan syarikat itu dalam akaun amanah.

(2)

Penyata itu hendaklah ditentusahkan dengan affidavit pengerusi atau naib pengerusi dan affidavit pengurus atau setiausaha syarikat itu.

(3)

Setiap dokumen yang berupa sebagai diperakui oleh Pendaftar sebagai suatu salinan mana-mana penyata itu atau sebahagian daripadanya hendaklah disifatkan sebagai suatu salinan penyata itu atau sebahagian daripadanya, dan hendaklah diterima sebagai keterangan seolah-olah salinan itu ialah penyata asal atau sebahagian daripadanya, melainkan jika sesuatu perbezaan antara salinan itu dengan penyata asal itu dibuktikan.

PEMERIKSAAN

Penyiasatan oleh pemeriksa

(1)

Menteri boleh pada bila-bila masa melantik seorang pemeriksa untuk menyiasat hal ehwal dan pengurusan mana-mana syarikat amanah dan boleh menetapkan cara bagaimana, dan takat yang penyiasatan itu hendaklah dijalankan.

Syarikat Amanah 21

(2)

Menjadi kewajipan semua pegawai dan pekhidmat syarikat itu untuk mengemukakan bagi pemeriksaan oleh pemeriksa itu semua buku, akaun, baucer dan dokumen lain dalam simpanan atau kawalan mereka berhubung dengan perkara yang sedang disiasat, dan untuk menjawab dengan benar semua pertanyaan yang ditujukan kepada mereka oleh pemeriksa itu berkenaan dengan apa-apa perkara yang menyentuh hal ehwal syarikat itu.

(3)

Pemeriksa itu hendaklah membuat suatu laporan penyiasatannya kepada Menteri Kewangan.

(4)

Segala perbelanjaan mengenai dan bersampingan dengan mana-mana penyiasatan hendaklah dibayar oleh syarikat itu, jika

Menteri Kewangan mengarahkan sedemikian.

PENGGULUNGAN

Peruntukan khas mengenai penggulungan

Mahkamah boleh memerintahkan penggulungan suatu syarikat amanah mengikut Akta Syarikat 1965, dan peruntukan Akta itu hendaklah terpakai dengan sewajarnya, tertakluk, bagaimanapun, kepada ubah suaian bahawa syarikat itu boleh diperintahkan supaya digulung atas permohonan yang dibuat oleh atau bagi pihak Menteri

Kewangan yang menunjukkan—

(a)

bahawa syarikat itu telah ingkar mematuhi suatu kehendak

Akta ini dan bahawa keingkaran itu telah berterusan selama tempoh dua bulan selepas notis mengenai keingkaran itu disampaikan kepada syarikat itu; atau

(b)

bahawa dengan menimbangkan laporan pemeriksa yang dilantik di bawah seksyen 22 ternyata padanya bahawa syarikat itu tidak solven atau telah melakukan suatu pecah amanah.

LIABILITI DIRI PEGAWAI

Liabiliti diri pegawai

Jika suatu syarikat amanah memegang jawatan wasi, pentadbir atau pemegang amanah, tiap-tiap orang yang diambil kerja oleh syarikat itu untuk menunaikan mana-mana kewajipan jawatan itu hendaklah, berkenaan dengan kewajipan yang diamanahkan kepadanya, bertanggungjawab sendiri kepada Mahkamah dan tertakluk kepada proses Mahkamah, seolah-olah dia sendiri telah dilantik memegang jawatan itu.

22

Undang-Undang Malaysia

Pinjaman kepada pengarah, dll.

Jika apa-apa pinjaman diberikan oleh suatu syarikat amanah kepada mana-mana pengarah atau pegawai atau pekhidmat lain syarikat itu bertentangan dengan seksyen 19, semua pengarah dan pegawai syarikat itu yang memberikan pinjaman itu atau yang bersetuju terhadapnya hendaklah bertanggungan bersesama dan berasingan kepada syarikat itu bagi amaun pinjaman itu serta bunga.

Liabiliti apabila digulung

Apabila digulung suatu syarikat amanah, tiap-tiap orang yang telah menjadi pengarah syarikat itu pada bila-bila masa dalam tempoh dua tahun sebelum sahaja permulaan penggulungan itu bertanggungan bagi baki yang belum dibayar atas setiap syer yang mungkin telah dipindahkan hakmilik olehnya dalam tempoh dua tahun itu.

PENALTI

Pengabaian sengaja untuk membuat catatan

Mana-mana pengarah, pegawai atau pekhidmat suatu syarikat amanah yang dengan sengaja dan dengan niat hendak memfraud abai untuk membuat apa-apa catatan dalam buku syarikat itu yang adalah kewajipannya untuk dibuat melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun.

Pernyataan palsu dalam akaun

Mana-mana pengarah, pegawai atau pekhidmat suatu syarikat amanah yang secara sengaja dan dengan niat hendak memfraud membuat atau bersubahat membuat apa-apa catatan palsu dalam buku syarikat atau menandatangani atau mengemukakan apa-apa dokumen palsu dengan niat untuk memperdayakan mana-mana orang yang dilantik di bawah Akta ini untuk menyiasat hal ehwal dan pengurusan syarikat itu melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun.

Keengganan untuk mengemukakan buku

Mana-mana pengarah, pegawai atau pekhidmat suatu syarikat amanah yang enggan mengemukakan untuk pemeriksaan kepada mana-mana orang yang dilantik di bawah Akta ini untuk menyiasat

Syarikat Amanah 23

hal ehwal dan pengurusan syarikat itu semua buku dan dokumen yang berkaitan dengan penyiasatan itu yang ada dalam simpanan atau kawalannya melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ratus ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua belas bulan atau kedua-duanya.

Pengabaian untuk mengemukakan penyata tahunan

Mana-mana syarikat amanah yang ingkar mengemukakan kepada Pendaftar penyata yang ditentusahkan yang dikehendaki oleh seksyen 21 melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ringgit bagi setiap hari keingkaran itu berterusan, sebagai tambahan kepada apa-apa penalti yang mungkin kena ditanggung oleh syarikat itu di bawah

Akta Syarikat 1965, dan mana-mana pengarah atau pengurus syarikat itu yang dengan disedarinya dan dengan sengaja memberi kuasa atau membenarkan keingkaran itu boleh dikenakan penalti yang serupa.

AM

Penjagaan diri orang yang dilarang

Tiada syarikat amanah boleh dilantik menjadi penjaga bagi diri seseorang budak atau menjadi jawatankuasa bagi diri seseorang bercelaru mental.

Sekatan mengenai pemegangan syer

Tiada seorang pun anggota syarikat amanah boleh pada bila-bila masa memegang atau mempunyai apa-apa kepentingan mengenai syer dalam modal syarikat itu hingga amaun melebihi satu perlima daripada modal terbitan syarikat itu pada masa ini.

Penggulungan sukarela atau pelupusan syer boleh dihalang

Selagi mana-mana estet atau harta pusaka yang berkenaan dengannya suatu syarikat amanah ialah pemegang amanah masih tidak ditadbirkan kesemuanya atau sebahagiannya, maka tidaklah sah untuk terus menggulung syarikat itu secara sukarela, melainkan dengan izin Mahkamah, dan sahlah bagi mana-mana orang yang berkepentingan dalam estet atau harta pusaka itu, atau yang mungkin ada apa-apa tuntutan berkenaan dengannya, memohon kepada

24

Undang-Undang Malaysia

Mahkamah secara terus melalui usul untuk menghalang mana-mana pengarah atau mana-mana pemegang syer daripada melupuskan apa-apa syer yang mungkin dipegang oleh pengarah atau pemegang syer itu dalam syarikat itu atau untuk menghalang penggulungan sukarela syarikat itu, dan Mahkamah mempunyai kuasa untuk membuat apa-apa perintah sebagaimana yang difikirkannya adil.

Liabiliti dan kuasa syarikat

Tertakluk kepada Akta ini, liabiliti setiap syarikat amanah kepada orang yang berkepentingan dalam apa-apa estet atau harta pusaka yang dipegang oleh syarikat itu sebagai wasi, pentadbir, pemegang amanah, penerima pelikuidasi, pemegang serah hak, penjaga, atau jawatankuasa, atau atas apa-apa sifat rasmi atau urusan lain adalah sama seolah-olah estet atau harta pusaka itu dipegang oleh orang persendirian atas sifat demikian itu dan kuasa syarikat itu adalah sama seperti kuasa orang persendirian atas sifat demikian itu.

Pendaftaran syarikat amanah sebagai pemegang syer, dll., bukan notis mengenai suatu amanah

Tiada permohonan oleh suatu syarikat amanah untuk didaftarkan sebagai seorang anggota atau pemegang syer dalam buku mana-mana syarikat atau perbadanan dan juga tiada apa-apa catatan nama suatu syarikat amanah dalam buku mana-mana syarikat atau perbadanan boleh menjadi notis mengenai amanah, dan tiada syarikat atau perbadanan berhak untuk membantah terhadap pencatatan nama suatu syarikat amanah dalam bukunya hanya oleh sebab yang syarikat itu mungkin atau ialah pemegang amanah, dan, dalam urusan mengenai harta, hakikat bahawa orang itu atau salah seorang daripada orang yang dengannya urusan itu dibuat ialah suatu syarikat amanah tidak boleh dengan sendirinya menjadi notis suatu amanah.

Wang yang tidak dituntut hendaklah dibayar ke dalam

Mahkamah

Segala wang dan sekuriti yang masih ada dalam tangan suatu syarikat amanah, sebagai pemegang amanah, yang tidak dituntut oleh orang yang berhak kepadanya selama tempoh enam tahun selepas masa yang wang dan sekuriti itu menjadi kena dibayar kepada orang itu (kecuali jika pembayaran telah dihalang oleh perintah suatu mahkamah), bersama dengan apa-apa bunga, jika

Syarikat Amanah 25

ada, yang telah diterima oleh syarikat itu berkenaan dengannya, dengan ditolak apa-apa komisen atau caj lain yang boleh dikenakan dengan sepatutnya oleh syarikat itu, hendaklah dibayar oleh syarikat itu ke dalam Mahkamah dan hendaklah diperlakukan mengikut perintah Mahkamah itu:

Dengan syarat bahawa tidak perlu bagi syarikat itu untuk mematuhi seksyen ini lebih kerap daripada sekali dalam mana-mana tahun, dan juga tidak perlu bagi syarikat itu mendapatkan persetujuan atau keizinan mana-mana orang terhadap pembayaran ke dalam

Mahkamah itu.

Fi

(1)

Fi yang masing-masingnya ditetapkan dalamnya hendaklah dibayar kepada Pendaftar berkenaan dengan perkara yang dinyatakan dalam Jadual.

(2)

Semua fi itu hendaklah dibayar oleh Pendaftar kepada

Akauntan Negara.

(3)

Menteri boleh, dari semasa ke semasa, melalui pemberitahuan dalam Warta, menambah, mengubah atau meminda Jadual itu.

Pemansuhan

(1)

(Ditinggalkan).

(2)

Ordinan Syarikat Amanah Sabah [Bab 146] dengan ini dimansuhkan:

Dengan syarat bahawa suatu syarikat yang telah didaftarkan sebagai suatu syarikat amanah di bawah Ordinan yang dengan ini dimansuhkan dan yang didaftarkan sebagai diperbadankan di Malaysia menurut Akta Syarikat 1965, adalah, apabila permohonan dibuat kepada Pendaftar, bagi maksud itu dan apabila Pendaftar berpuas hati—

(a)

bahawa sekuriti yang telahpun didepositkan oleh syarikat itu di bawah peruntukan Ordinan yang dimansuhkan itu telah dipindahkan kepada dan didepositkan dengan sewajarnya dengan Akauntan Negara; dan

(b)

bahawa sekuriti tersebut bernilai sekurang-kurangnya seratus ribu ringgit,

26

Undang-Undang Malaysia berhak, tanpa pembayaran, untuk didaftarkan sebagai suatu syarikat amanah di bawah seksyen 4 Akta ini dan dikeluarkan kepadanya suatu perakuan pendaftaran mengikut seksyen itu.

JADUAL

[Seksyen 37]

FI YANG KENA DIBAYAR KEPADA PENDAFTAR

RM

1.

Apabila memohon bagi pendaftaran

…

…

…

…

5 2.

Bagi perakuan pendaftaran—

(a)

jika modal dibenarkan tidak melebihi RM500,000 100

(b)

jika modal dibenarkan melebihi RM500,000 tetapi 150

tidak melebihi RM1,000,000

…

…

…

…

(c)

jika modal dibenarkan melebihi RM1,000,000

…

200 3.

Apabila memfailkan penyata tahunan di bawah seksyen 21 10

Syarikat Amanah 27

Akta 100

SENARAI PINDAAN

Undang-undang

Tajuk ringkas

Berkuat kuasa yang meminda dari

P.U. 113/1956

Perintah Menteri Kewangan 1956 02-04-1956

P.U. 332/1958

Perintah Perlembagaan Persekutuan 13-11-1958

(Pengubahsuaian Undang-Undang)

(Ordinan-Ordinan dan Perisytiharan-Perisytiharan) 1958

Ord. 18/1959

Ordinan Negara Singapura 1959 03-06-1959

Akta 1/1963

Akta Insuran 1963 21-01-1963

Akta 79/1965

Akta Syarikat 1965 15-04-1966

P.U. (A) 273/1972

Perintah Ordinan Syarikat Amanah 01-01-1973

(Peluasan) 1972

Akta 160

Akta Mata Wang Malaysia 29-08-1975

(Ringgit) 1975

P.U. (A) 357/1980

Perintah Akta Mahkamah Rendah 01-06-1981

(Peluasan) 1980

28

Undang-Undang Malaysia

Akta 100

SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA

Seksyen

Kuasa meminda

Berkuat kuasa dari 2

Akta 79/1965 15-04-1966

P.U. (A) 357/1980 01-06-1981 3

L.N. 113/1956 02-04-1956

Akta 160 29-08-1975 5

Ord. 18/1959 03-06-1959

Akta 79/1965 15-04-1966

Akta 160 29-08-1975 7

L.N. 113/1956 02-04-1956 8

Ord. 18/1956 03-06-1956

Akta 1/1963 21-01-1963 18

L.N. 113/1956 02-04-1956 21

Ord. 18/1956 03-06-1956

Akta 79/1965 15-04-1966 22

L.N. 113/1956 02-04-1956 23

L.N. 113/1956 02-04-1956

Akta 79/1965 15-04-1966 29

Akta 160 29-08-1975 30

Akta 79/1965 15-04-1966

Akta 160 29-08-1975 38

P.U. (A) 273/1972 01-01-1972

Akta 160 29-08-1975

Common questions

What is Akta Syarikat Amanah 1949?
Akta Syarikat Amanah 1949 is Malaysia Act, cited as Act 100 1949, currently marked in force and first recorded in 1949.
Is Akta Syarikat Amanah 1949 still in force?
Yes — Akta Syarikat Amanah 1949 is currently in force.
When did Akta Syarikat Amanah 1949 take effect?
Akta Syarikat Amanah 1949 was first recorded in 1949.
How many sections does Akta Syarikat Amanah 1949 have?
Akta Syarikat Amanah 1949 contains 38 sections.
Where can I read the official version of Akta Syarikat Amanah 1949?
The official text of Akta Syarikat Amanah 1949 is published at lom.agc.gov.my.

Something wrong on this page?

If one provision's text doesn't match the official source, use Suggest a fix beside that provision — it opens an editor next to the source document. For anything else — a missing amendment, a broken link, out-of-date content, or a removal request — report it here.

Akta Syarikat Amanah 1949 (No. 100) | mylaw.my